Penerangan.
*Karangan ini biasanya disampaikan
untuk pertandingan.
*Jika dibandingkan dengan capan,
karangan jenis ini membicarakan tajuk yang lebih formal seperti karangan fakta,
Cuma formatnya sahaja berbeza.
*Karangan jenis ini memerlukan kata
alu-aluan sebagai tanda hormat kepada hadirin. Jika untuk pertandingan, perlu
menyebt ungkapan “para hakim”. Contoh:
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Tuan Guru besar, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil,
guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
*Gunakan ungkapan “hadirin yang
dikasihi” atau yang seumpama dengannya untuk mewujudkan suasana bersyarah.
*Kata alu-aluan dianggap pendahuluan. Lafaz “terima kasih”
pada akhir syarahan dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea lagi untuk
ditulis dalam empat perenggan.
*Perenggan kedua, iaitu idea pertama
biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan dan sedikit keterangan
tentang tajuk.
*Perenggan kedua, iaitu idea pertama
biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan dan sedikit keterangan
tentang tajuk.
*Murid boleh menyertakan kata-kata
hikmah atau peribahasa yang bersesuaian dalam syarahan.
Format permakahan (Maksimum: ditolak
3 markah)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa (Ditolak 3 markah)
*Tanpa kata-kata menghadap majlis
(Ditolak 1 markah)
*Tanpa kata-kata penutup
(Ditolak 1 markah)
Contoh 1.
Kamu telah memasuki satu pertandingan
syarahan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Faedah-faedah Menguasai Lebih daripada
Satu Bahasa”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Kata alu-aluan.
-Ucap selamat sejahtera.
-Tajuk syarahan.
|
|
Idea
|
|
1)Masyarakat mampu menguasai Bahasa
Malaysia.
-Satu bahasa mewujudkan perpaduan
kaum.
-Wajar menguasai lebih daripada satu
bahasa.
2)Mudah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan.
-Banyak rujukan dalam bahasa inggeris.
-Mudah untuk membuat rujukan.
|
3)Memudhkan kita untuk berkomunikasi.
-Boleh bertegur sapa dengan bbangsa
lain.
-Ramai yang menyukai kita.
4)Mudah untuk mencari kerja.
-Syarikt berurusan dengan perbagai
bangsa.
-Mudah berurusan.
|
Penutup
|
|
Penegasan tajuk.
-Serangkap pantun.
-Ucapan terima kasih.
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru,
para hakim, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada
pagi yang mulia ini, izinkan saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Faedah-faedah Menguasai Lebih
Daripada Satu Bahasa”.
Boleh
dikatakan rata-rata rakyat Negara ini mampu mengusai bahasa Malaysia dengan
baik. Sebagai bahasa rasmi, penggunaan satu bahasa penting untuk mewujudkan
perpaduan kaum. Walaupun begitu kita wajar menguasai bahasa-bahasa yang lain
seperti bahasa Inggeris,bahasa Mandarin, dan bahasa Tamil.
Hadirin yang dimuliakan,
Apabila
kita menguasai lebih daripada satu bahasa, mudahlah untuk kita menambah
ilmu pengetahuan. Sebagai contoh,
banyak bahan rujukan terdapat dalam bahasa Inggeris. Apabila kita menguasai
bahasa tersebut, ini memudahkan kita untuk membuat rjukan sekaligus kita tidak
ketinggalan dalam memperoleh maklumat yang terkini.
Penguasaan
lebih daripada satu bahasa juga memudahkan kita berkomunikasi dengan orang
lain. Jika kita bertemu dengan bangsa-bangsa lain di atas angin, Bolehlah kita bertegur sapa dalam bahasa mereka.
Keramahan kita melayan seseorang itu akan menyebabkan ramai orang menyukai
kita.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, mereka yang mengusai lebih
daripada satu bahasa mudah untuk mencari pekerjaan. Banyak syarikat berurusan
dengan perbagai bangsa. Apabil mengetahui banyak bahasa, mudaklah seseorang itu
untuk berurusan dengan orang ramai.
Jelaslah
kepada kita akan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menguasai lebih
daripada satu bahasa. Sebelum saya mengundurkan diri, dengarlah serangkap
pantun yang berbunyi:
Bahasa
Malaysia bahasa kebangsaan,
Bahasa
inggeris kuasai minda;
Banyak
bahasa memudahkan perjalanan,
Perjalanan
memburu kejayaan berganda.
Sekin, terima kasih.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Atas angin – Negara disebelah barat.
Contoh 2.
Amalan berjimat cermt wajar menjadi
budaya hidup kita. Kamu diminta menyampaikan syarahan yang bertajuk “ Cara-cara
Melahirkan Sikat Berjimat Cermat”.
Sediakan teks sarahan tersebut selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Kata alu-aluan.
-Penghargaan kepada tetamu.
-Lafaz selamat sejahtera.
|
|
Idea
|
|
1)Maksud amalan berjimat cermat.
-Berhemat dalam perbelanjaan.
-Bertentengan dengan sikap boros.
2)Kawal nafsu berbelanja.
-Membeli barang perlu sahaja.
-Duit lebihan perlu disimpan.
|
3)Ib bapa didik anak berjimat.
-Elakkan memberikan wang berlebihan.
-Wang yang diperoleh disimpan di dalam
bank.
4)Galakkan anak membawa bekal.
-Dapat berjimat.
-Makanan berkhasiat.
|
Penutup
|
|
Mohon mengundur diri.
-Berjimat cermat budaya kita.
-Ucapan terima kasih
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat.
Terim kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan
rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pad
pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara
melahirkan Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat membawa maksud
berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini berententangan dengan sikap boros yang
boleh mendatangkan kepapaan.
Hadirin yang dikasihi,
Salah
satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawl nfsu ketika berbelanjaan.
walaupn banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang perlu sahaja.
Jika ada duit lebihan, simpanlah
untuk kegunaan ketika perlu.
Ibu
bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya berjimat cermat
walaupun anak kemungkinan kecil hati.
Jangan bemberikan wang yang banyak kepada mereka sebagai belanja persekolahan
kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang diperolehi oleh
anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Menggalakkan
anak-anak membawa bekal kesekolah merupakan satu cara berjimat. Cara ini dapat
menjimatkan perbelanjaan.Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan
berkhasiat.
Sekian
dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar
amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita.
Sekian,
terima kasih.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Kecil hati – merajuk kerana tersinggung.
Ade tak syarahan tentang Banjir?
BalasPadamsaya amat berterima kasih kepada blog ini kerana telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan tentang banjir
BalasPadamBagus terima kasih krn bantu saya
BalasPadamAda tak syarahan tentang sekokah
Padamade x syarahan faedah mengunjungi perpustakaan
BalasPadamkenape ade widget burung hah? kacau je...);
BalasPadambabilah burung tu...dhlah jam salah
BalasPadambabilah burung tu...dhlah jam salah
BalasPadamt kasih atas perkongsian.
BalasPadamBoleh tak buat karangan syarahan yg brtajuk cara ² menambahkan ilmu pengetahuan 🙂
BalasPadamboleh bagi karangan jenis syarahan 80 patah pekataan saje.terima kasih
BalasPadam