Karangan jenis Fakta.
Penerangan.
*Karangan jenis fakta meminta murid
memberikan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap tajuk yang diberikan.
*Sebelum menulis, murid perlu
benar-benar memahami tajuk yang di berikan.
*Setiap perenggan menampilkanidea
yang berlainan dan sebaik-baiknya, idea yang penting didahulukan.
*Dalam bahagian idea, ayat pertama
mestilah dimuatkan dengan idea, manakala ayat kedua dan ketiga perlu menyatakan
huraian serta contoh atau contoh. Kemudian kesan ayat pertama perlu ada kaitan
dengan ayat berikutnya.
*Gunakan bahasa yang tepat dan
elakkan penggunaan bahasa yang meleret-leret atau berbunga-bunga seperti karangan
jenis cerita.
*Jika perlu, murid boleh menyertakan
peribahasa atau kata-kata hikmat.
Contoh 1.
Kita digalakkan rajin membaca buku
cerita.Terangkan faedah-faedah yang diperolehi daripada membaca.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Membaca hobi yang banyak memberi
faedah.
-Boleh didapati di perpustakaan atau
kedai buku.
-Masa yang terluang digunakan dengan
membaca buku.
|
|
Idea
|
|
Dapat menambah pengetahuan.
-Membaca fiksyen sains, mengetahui
tentang sains.
-Boleh digunakan dalam mata pelajaran
sains.
2)Dapat memberikan hiburan.
-Perasaan merasa tenang sesudah
membaca.
-Mudah untuk mengulang kaji buku
sekolah.
|
3)Bahasa akan bertambah baik.
-Membaca buku inggeris bahasa kita
semakin baik.
-Kita mahir mengarang.
4)Menggunakan masa terluang dengan
berfaedah.
-Tidak membaca akan bercampur dengan
budak nakal.
-Boleh melakukan perbuatan yang tidak
baik.
|
Penutup
|
|
Masa itu sangat berharga.
-Genakan masa terluang dengan membaca.
-Perlu membaca sebuah buku dalam
tempoh seminggu.
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.
Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.
Membaca buku cerita merupakan hobi
yang banyak memberikan faedah.Buku cerita boleh kita perolehi dari perpustakaan
ataupun menerusi kedai buku.Oleh sebab faedahnya yang begitu banyak, setiap
masa yang terluang perlu kita mafaatkan dengan membaca buku cerita.
Membaca
buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai contoh, sekiranya kita
membaca buku fiksyen sains, kita akan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains. Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran meta
pelajaran Sains di kelas.
Membaca
buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, hati kita yang
tertekan akan menjadi tenang dengankesudahan kita yang kit abaca. Apabila kita
merasa tenang mudahlah untuk kita mengulang kaji buku-buku pelajaran pula.
Seterusnya,
membaca buku cerita dapat mempercepatkan penguasaan kita dalam sesuatu bahasa.
Sebagai contoh, sekiranya kita rajin membaca buku dalam bahasa inggeris,
penguasaan kita dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah
untuk kita mengarang dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang
cerita.
Membaca
buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita menggunakan masa lapang kita
dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak membaca, mungkin kita menggunakan
masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan
kita akan terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.
Sesungguhnya,
masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan ilmu.Oleh itu, gunakan masa
yang terluang dengan membaca.Bermula hari ini, kita hendaklah tanamkan azam
untuk membaca sebuah buku cerita setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu agar
kita menjadi murid yang tajam hati.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Tajam hati – cerdas dan pintar.
Contoh 2.
Kita dididik sepaya berjasa kepada
guru.Tulis sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Menjadi murid yang tahu membalas jasa.
-Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.
-Di sekolah membalas jasa guru.
|
|
Idea
|
|
1)Rajin belajar.
-Memberi tumpuan ketika belajar.
-Akhirnya mendapat keputusan yang
baik.
2)Mengamalkan nasihat guru.
-Guru mahu kita berbudi bahasa.
-Bersifat lemah lembut dengan guru.
|
3)Tahu menghargai jasa guru.
-Berterima kasih dan memberikan hadiah
ketika Hari Guru.
-Guru bangga murid tahu mengenang
budi.
4)Ingat guru walaupun sudah
meninggalkan sekolah.
-Menghubungi bekas guru.
-Mengeratkan siraturahim.
|
Penutup
|
|
Banyak cara membalas jasa guru.
-Berusaha menjadi murid yang tahu
mengenang budi.
-Orang berbudi kita berbahasa.
Mengarang karangan berpandukan peta
minda diatas.
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di
rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas
jasa guru.
Untuk
membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam
kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah
tentu guru kita akan merasa gembira.
Kita
juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap
berbudi bahasa.Oleh itu, apabila
kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.
Seterusnya, kita tahu menghargai jasa
guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari
Guru.Kesannya, guru merasa
murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi.
21
Selanjutnya, kita perlu menghargai guru
walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut
menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat
mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang
boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid
yang tahu mengenang budi.Orang berbudi
kita berbahasa, orang member kita merasa.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Orang
berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa – Tiap-tiap pemberian orang
hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan