Karangan jenis Wawancara/Dialog.
Pengenalan.
*Karangan ini terbahagi kepada dua
jenis, iaitu wawancara atau temu ramah dan dialog.
*Jenis pertama digunakan untuk urusan
rasmi seperti pertanyaan untuk orang-orang ang berkedudukan atau orang-orang
yang dihormati.
*Jenis kedua adalah untuk urusan yang
tidak formal seperti bertanyakan khabar, mengucapkan takziah ataupun perbualan
menerusi telefon.
*Sebelum memulakan penulisan, murid
boleh menyertakan keterangan yang berkaitan dengn wawancara/dialog tersebut,
tertapi tidak melibatkan markah, Cuma membantu megindahkan penulisan tersebut.
*Jika orang yang diajak berbual-ual
lebih berumur, gunakan perkataan “Encik”, “Tuan”, “mak cik’, dan lain-lain yang
lembut dan sopan.
*Karangan perlu mempunyai pendahuluan,
empat idea, da penutup.
*Ucapan “Selamat sejahtera” atau yang
sama denganya dianggap pendahuluan, manakala lafaz “Terima kasih” dianggap
penutup.
*Murid tidak digalakkan menggunakan
kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “nak”.
*Wujudkan suasana perbualan yang
sebenarnya.
Formad permakahan
*Menulis dalam bentuk karangan biasa
akan di tolak 3 markah.
Contoh 1.
Kawan kamu selal endapat tempat
pertama dalam peperiksaan.Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk
mengetahui tentang rahsia kejayaannya.Tlis perbualan kamu dan rakan kamu
selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.
|
|
Idea
|
|
1)Memberi tmpuan ketik di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanakan guru jika tidak faham.
2)Di rumah, membaca nota yang diberi
oleh guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.
|
3)Ayah sentiasa membeli buku ulang
kaji.
-Membuat latihanketika ada waktu
terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.
4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30
malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.
|
Penutup
|
|
Mengucapkan penghargaan kerana sudi
berbual.
-Berjaya kerna gigih belajar.
-Boleh Berjaya jika rajin belajar.
|
Mengarang karangan berpandu peta minda diatas.
Rahsia Menjadi Murid Cemerlang.
Nur Illya Maisara sering mendapat
tempt pertama dalam peperiksaan. Pada suatu hari, saya berpeluang menemuinya
untuk mengetahui tentang rahsia kecermelangannya dalam pelajaran.
Irfan :Apa
khabar, Illya? Sibuk nampaknya.
Illya :Khabar
baik. Oh, saya sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Nooraini sruh!
Irfan :Awak
saya lihat, selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ingin tahu juga
rahsia kejayaan awak.
Illya :Di
dalam Kelas. Ketika guru mengajar saya akan memberi sepenuh perhatian. Saya
mengelak diri daripada berbual-bual dengan rakan. Jika saya tidak fahan, saya
segera bertanya pada guru.
Irfan :Apakah
yang awak lakukan ketika di rumah?
Illya :Di
rumah saya akan membaca semula nota pelajaran yang diberi oleh guru. Tujuannya
supaya maklumat yang diberikan oleh guru itu kekal dalam ingatan saya.Saya juga
membuat nota kecil yang boleh saya bawa ke mana-mana sahaja.
Irfan :Bagaimanakah
dengan buku-buku ulang kaji?
Illya :Buku
ulang kaji sentiasa ayah saya beli. Saya akan membuat latihan apabila ada waktu
terluang. Biasanya, pada hari minggu saya habiskan masa dengan membuat ulang
kaji.
Irfan :Awak
menghadiri kelas tuisyen?
Illya :Saya
menghdiri kelas tuisyen seminggu da kali. Kelas diadakan dari jam 7.00 malam
sehingga jam 9.00 malam. Saya mengikuti kelas tuisyen yang memantapkan
pengetahuan saya.
Irfan :Saya
ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian awak berual-bual dengan saya. Awak
memang gigih belajar dan otak cair,
sebab itulah selalu mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Illya :Terima
kasih,setiap orang boleh Berjaya jika berusaha dan rajin belajar.
Maksud peribahasa yang
digunakan.
Otak cair - orang yang cerdik.
Contoh 2.
Semperna sambutan Hari Pahlawan, kamu diminta
mewawancara seorang tokoh pahlawan
yang mengetahui sebab-sebab sambutan itu
diadakan dan cara-cara orang ramai menghargai
jasa pahlawan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Rangka
karangan.
Pendahuluan
|
|
Keterangan awal.
-Memberi ucapan salam.
-Menatakan hasrat mahu mewawancara.
|
|
Idea
|
|
1)Menghargai jasa perajurit.
-Tanpanya, Negara tidak aman.
-Menngenang, menghargai dan bersyukur.
2)Mengadakan kutipan derma.
-Wang untuk membantu ahli dan keluarga.
-Memberikan sumbangan tertentu.
|
3)memberi perkejaan kepada pesara tentera.
-Tenter bersara sekitar 40 tahun.
-Tanggungan mereka banyak.
4)Bersama mempertahankan keamanan.
-Ramai yang iri hati kita aman.
-Berwaspada terhadap dakyah.
|
Penutup
|
|
Menghargai kerana sudi diwawancara.
-Membalas penghargaan.
-Keterangan penutup.
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas.
Wawancara
Semperna Sambutan Hari Pahlawan.
Sekolah saya terpilih manjadi tuan
rumah sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri. Saya
berpeluang mewawancara pengerusi
majlis tersebut, iaitu Mejar (B) Zanafi. Berikot
adalah hasil wawancara tersebut.
Illya :Assalamualaikum,
tuan. Nama saya Nur Illya Maisara. Saya bercadang untuk mewawancara tuan.
Mejar (B) Zanafi :Waalaikumsalam. Silakan, saudari
Illya.
Illya :Mengapa
sambuta Hari Pahlawan diadakan pada setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi :Sebab yang pertama adalah untuk
menghargai jsa perajurit yang telah mempertahankan ibu pertiwi supaya
masyarakat buka mata. Tanpa mereka
kita tidak seaman sekarang. Sambutan ini memberikan peluang rakyat jelata
mengenang, menghargai, dan bersyukur terhadap sumbangan yang diberikan oleh
mereka.
26
Illya :Bagaimanakah
dengan kutipan yang dijalankan setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi :Kutipan derma juga merupakan salah
satu tujuan sambutan ini diadakan. Hasil kutipan tersebut sebenarnya disalurkan
untuk kebajikan para ahli dan keluarga mereka. Biasanya, kami memberikan sumbangan berupa biasiswa, pakaian,
makanan, dan bayaran tertentu dalam kalangan keluarga bekas tentera.
Illya :Bagaimana
cara ang paling baik untuk menghargai jasa perajurit?
Mejar (B) Zanafi :Selain sumbangan wang, badan tertentu
hendaklah memberi pekerjaan yang sesuai kepada bekas tentera. Rata-rata tentera
bersara sekitar awal 40-an. Memikirkan
tanggungan mereka yang banyak dan tenaga mereka yang masih kuat, wajarlah
diberi pekerjaan yang setimpal.
Illya :Selain
itu?
Mejar (B) Zanafi :Kita sama-sama mempertahankan keamanan
yang sudah peroleh. Walaupun komunis sudah tiada, tetapi ramai yang tidak
senang melihat kita aman. Jadi,
berwaspadalah terhadap sesuatu dakyah atau propaganda Negara luar.
Illya :Terima
kasih atas kesudian tuan untuk diwawancara.
Mejar (B) Zanafi :Sama-sama.
Selepas mengucapkan terima kasih,
saya pun keluar dari bilik Mejar (B) Zanafi bersama guru
pengiring untuk pulang ke sekolah.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Buka mata – sedar daripada kelalaian.
wow terima kasih kerana buat contoh dan cara2 untuk buat karangan berdialog yang senang memahami ! thx
BalasPadam2good4me
terima kasih atas membantu saya utk membuat karangan.
BalasPadamsaya senang memahaminya
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamIt's great.. I'm proud of you and I like your essay
BalasPadami like your essay and you lesson! it was very perfect! Thank you!!!
BalasPadam=)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamterima kasih banyak 2 kerana menulis esey ini
BalasPadamIa nya memudah kan semua orang untuk memahami nya .saya doakan yang awak akan maju jaya