Pengenalan.
*Surat
krirman jenis ini biasanya dihantar kepada ahli keluarga ataupun sahabat dan
isinya membicarakan hal-hal yang tidak formal.
*Alamat
ditulis dibahagian atas sebelah kanan.
*Tarikh
ditulis dibawah alamat. Kemudian dibubuh tanda noktah. Tarikh boleh ditulis
dengan huruf kecil atau besar. Cara menulis tarikh yang betul, iaitu 25
Februari 2013. Cara yang salah ialah 25/5/2013, 25-5-2013 dan 25hb. Februari
2013.
*Untuk
memulakan penulisan, langkau sebaris.
*Mulakan
menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menyatakan kesihatan diri dan
keluarga.
*Jika
membalas surat, sebelum menyatakan tujuan menulis, terlebih dahulu perlu
menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam surat yang diterima.
*Gunakan
panggilan mengikut usia seperti nenda, ayahanda, ibunda/bonda, kakanda/kanda,
adinda, anakanda, cucunda, saudara/saudari untuk kawan. Elakkan menggunakan
ganti nama aku, awak ataupun kamu.
*Bahasa yang
digunakan mesti difahami oleh penerima.
*Akhiri
surat dengan salam, penghargaan, terima kasih, dan menyatakan keinginan untuk
berutus surat lagi.
*Tandatangan
diletak di bahagian bawah sebelah kanan surat, iaitu selepas menulis pengakuan
pengirim – Yang benar, Sahabatmu, dan lain-lain.
*Jika
dibahagian atas sudah diletakkan nama, tidak perlu lagi menulis nama di bawah
tandatangan. Nama boleh ditulis dengan huruf kecil atau besar.
*Alamat sudah
dianggap sebagai pendahuluan. Ungkapan “Sahabatmu” (sebagai contoh),
tandatangan dan nama pengirim dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea
lagi dan ditulis dalam empat perenggan.. namun, jika murid ingin menulis
pendahuluan dan penutup, yang menjadikan seseluruhan enam perenggan, ini tidak
akan menambah atau mengurangkan markah, Cuma boleh mencantikkan lagi bentuk
penulisan.
Format permakahan.
*Tanpa
alamat pengirim (ditolak
½ markah)
*Tanpa
menghadap surat
(ditolak ½ markah)
*Tanpa
tarikh
(ditolak ½ markah)
*Tanpa
penegas surat (ditolak
½ markah)
*Tanpa
penutup (Sekian, terima kasih)
(ditolak ½ markah)
*Tanpa
tandatangan/salah letak (ditolak
½ markah)
Contoh 1.
Kamu baru
sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima, kawan kamu
itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Balas surat kawan
kamu itu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Menemui sahabat di Melaka.
-Diri dalam keadaan sihat,
-Diharapkan kawan lebih sihat lagi.
|
|
Idea
|
|
1)Menghargai surat yang lalu.
-Hari guru begitu meriah.
-Perbagai acara diadakan.
2)Acara bermula pada jam 8.00 pagi.
-Dimulai dengan majlis ucapan.
-Guru-guru menyanyi.
|
3)Acara sukaneka di padang.
-Guru dan murid mengambil bahagian.
-Contoh acara tersebut.
4)Persembahan kebudayaan di dewan.
-Guru menunjukkan bakat.
-Bagitu bangga.
|
Penutup
|
|
Serba sedikit sambutan Hari Guru.
-Ada kesempatan menulis lagi.
-Ucapan terima kasih.
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas
Membalas
surat kawan.
39, Jalan Jenjarum 1,
Seksyen
BS 2,
48300
Rawang,
Selangor
Darul Eksan.
30
Mei 2013.
Menemui sahabatku, Natasha Ali yang
berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada
dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.
Natasha yang diingati,
Terima
kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan
saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh
meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti
sekaneka di padang.
Acara
dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan
Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh
guru-guru.
Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia”
dan lagu tema Hari Guru.
Natasha yang dirindui,
Kira-kira
sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan
beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan
termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah
gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah.
Kira-kira
jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan
sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap
mata. Kami merasa besar hati dengan
persembahan guru-guru.
Demikian
serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada
kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini
dengan ucapan terima kasih.
Sahabat
mu,
(Nur
Illya Maisara)
Maksud peribahasa yang digunakan.
Besar hati – bangga.
Contoh 2.
Katakana kamu sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke
university. Kamu ingin menulis surat kepada guru kamu untuk mengucapkan terima
kasih terhadap bimbingan dan pengorbanan yang diberikan sehingga kamu berjaya
ke tahap sekarang. Tulis surat tersebut selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Menemui cikgu Saadah di Johor.
-Berharap dalam keadaan sihat.
-Saya juga sihat.
|
|
Idea
|
|
1)Mungkin cikgu terkejut.
-Murid Sembilan tahun lalu.
-mengajar Bahasa Malaysia.
2)Yakin cikgu masih ingat.
-Mendapat 5A dalm peperiksaan UPSR.
-Berjaya memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.
|
3)Tidak melupakan guru.
-Awal menolak kerana miskin.
-Usaha cikgu mengumpulkan RM1 324.
4)Harapan dan usaha sebagai pendorong.
-Berjaya ke UKM dalam bidang perubatan.
-Kejayaan bergantung pada usaha.
|
Penutup
|
|
Sampai di sini sahaja.
-Ada peluang akan menulis lagi.
-Akhiri dengan ucapan terima kasih.
|
Mengarang karangan berpandukan peta
minda di atas.
Surat Kepada Guru.
39, Jalan Jenjarum 1,
Seksyen
BS 2,
48300
Rawang,
Selangor
Darul Eksan.
30
Mei 2013.
Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Semoga berada dalam
keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada dalam keadaan
sihat.
Cikgu yang diingati,
Mungkin
cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah
murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya
mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Tentu
cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan
seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil
kejayaan tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Cikgu yang dirindui.
Bimbingan
dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin
menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha
cikgu, cikgu berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1
324.
Harapan
serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan sala bulat hati untuk berjaya. Kini,
saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan.
Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau
kayanya seseorang.
Sampai
disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis
lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.
Bekas
muridmu,
(Nur
Illya Maisara)
Maksud
peribahasa yang digunakan.
Bulat hati – azam yang sungguh-sungguh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan