Rabu, 10 Julai 2013

Karangan jenis Peribahasa.(UPSR)

 Penerangan.

*Karangan peribahasa boleh ditulis dalam dua cara, iaitu dalam cerita atau dalam fakta.

*Peribahasa dalam bentuk cerita diungkapkan pada akhir cerita.

*Manakala, dalam bentuk fakta, diterangkan kegunaan peribahasa, makna peribahasa yang diberi, perbandingan dengan peribahasa lain, kesannya kepada masyarakat, dan contoh kisah yang berkaitan.

*Untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi, murid digalakkan menulis peribahasa dalam bentuk cerita.

*Apa-apa sahaja boleh dijadikan cerita asalkan logic dan dan meyakinkan sama ada  terdiri daripada kisah manusia, binatang, benda, dan tumbuh-tumbuhan.

*Setiap cerita perlu member gambaran yang tepat tentang apa-apa yang diceritakan agar pembaca (pemeriksa) percaya akan apa-apa yang diungkapkan.

*Cerita perlu mempunyai nilai-nilai murni yang boleh diteladani seperti hormat menghormati, bekerjasama, semangat petriotik, kasih sayag, dan kebersihan.

*Watak dalam cerita tidak semestinya terdiri daripada manusia. Watak haiwan atau makhluk lain juga boleh digunakan.
*Murid boleh mnggunakan pelbagai sudut pandangan sama ada menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga
*Penggunaan dialog yang tidak keterlaluan boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan kelainan dari segi penyampaian.
*Cerita mestilah mempunyai permulaan, puncak cerita dan peleraian cerita.
*Murid boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tertapi penggunaannya biarlah terkawal.

Contoh 1.
Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa yang berbunyi, “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Pendahuluan
Nur Illya Maisara kurang mengulang kaji pelajaran.
-Keputusan peperiksaan merosot.
-Banyak mencatatkan B.

Idea
1)Tidak kecewa walaupun keputusan sederhana.
-Kejayaan banyak bergantung pada kerajinan.
-Terus berusaha tanpa jemu.

2)Emak kagum melihat ketekunan Nur Illya Maisara.
-Kawan sebaya asyik bermain.
-Nur Illya Maisara bekepit dengan buku.

3)Meyakinkan emak.
-Kejayaannya akan dicontohi oleh adik-adik.
-Keputusan peperiksaan Nur Illya Maisara menampakkan peningkatan.

4)Nur Illya Maisara menjawab soalan dengan tekun.
-Akhirnya mendapat 5A.
-Gembira impian menjadi kenyataan.

Penutup
Menyebut peribahasa.
-Nur Illya Maisara membuktikan kejayaan.
-Dia mahu mengekalkan kecermelangan.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakah Dapat Sagunya.
Nur Illya Maisara sedar dirinya kurang mengulang kaji pelajaran. Keputusan peperiksaan yang lepas tidak begitu membanggakan. Markah yang diperolehi lebih banyak B daripada A.
            Namun, dia tidak berasa kecewa. Baginya, kejayaan seseorang murid itu libih banyak bergantung pada kerajinan, bukannya kepandaian. Walaupun dia tahu dia tidak pandai, tetapi dia terus berusaha tanpa jemu.
            “Emak kasihan melihat kamu, kakak. Kawan-kawan sebaya kamu asyik bermain. Kamu pula asyik berkepit dengan buku saja,” luah ibunya, Mak Cik Nooraini.
            “Emak usah Risau,” luah Nur Illya Maisara. “Kakak berazam untuk mendapat 5A, sebab itu kakak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kakak yakin, sesiapa yang rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah akan memperoleh kejayaan.”
Mak Cik Nooraini bangga dengan kesungguhan anak sulungnya itu. Dia berharap kejayaan Nur Illya Maisara nanti akan diteladani oleh adik-adiknya yang lain. Dalam peperiksaan
percubaan dahulu, keputusan Nur Illya Maisara menampakkan peningkatan, iaitu mendapat 3A dan 2B.
            Apabila tiba peperiksaan UPSR, Nur Illya Maisara menjawab soalan dengan penuh yakin. Tiga bulan kemudian, apabila keputusan diumumkan, dia mendapat 5A. alangkah gembiranya Nur Illya Maisara kerana mendapat Sesutu yang diidamkan.
            Benarlah kata peribahasa, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya”. Nur Illya Maisara telah membuktikan kejayaannya hasil daripada usahanya yang bersungguh-sungguh. Dia mahu mengekalkan sifat karajinannya agar kecemerlangannya dalam pelajaran dapat dikekalkan di sekolah menengah.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya – jika kita berusaha bersungguh-sungguh kita akan dapat hasilnya.

Contoh 2.
‘Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Shima gemar membelanja rakan-rakan.
-Dia membenarkan rakan-rakan membeli apa-apa sahaja.
-Ramai menyukainya.

Idea
1)Teman-teman merasa  jemu makan di kantin sekolah.
-Di luar dapat makan pizza atau ayam goring.
-Shima bersetuju dengan cadangan itu.

2)Mereka berenam makan di luar.
-Makan dan berbual hingga 4.00 petang.
-Lagak seperti orang dewasa.

3)Nurin memerhatikan sahaja.
-Sedar keadaan dirinya.
-Pulang awal membantu ayahnya.

4)Ayah Shima didakwa menerima rasuah.
-Wang perbelanjaan dikurangkan.
-kawan-kawan menjauhkan diri.

Penutup
Nurin memintanya bersabar.
-Kawan ketawa mudah dicari.
Kawan menangis sukar didapati
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.

Kawan ketawa Mudah Dicari, Kawan Menangis Susah Didapati
Shima sangat murah hati dan gemar membelanjakan kawan-kawannya. Kawan-kawannya dibenar mengambil apa sahaja yang dijual di kantin. Shima yang akan membayarnya. Hal ini menyebabkan ramai orang menyukainya.
            “Shima, jemulah makan makanan yang dijual di kantin. Lepas sekolah nanti, mari ke Bandar. Kita makan pizza atau ayam goring,” luah Irfan dan disokong oleh rakan-rakannya yang lain. Shima akhirnya mengangguk tanda setuju.
            Pada petang itu, shima, Irfan, Alex, Sami, Raju dan Ah Chong makan di luar. Sambil makan, mereka bersembang-sembang sehingga jam 4.00 petang. Lagak mereka tidak seperti murid sekolah, sedangkan mereka masih dalam Tahun Enam di sekolah rendah.
            Nurin yang mengetahui tentang kegiatan kawan-kawannya itu hanya memerhati sahaja. Dia tidak mahu turut serta kerana sedar tanggungjawab terhadap keluarga. Lagipun, dia perlu pulang awal untuk membantu ayahnya di kebun.
            Pada suatu hari, terpampang di akbar bahawa ayah Shima didakwa kerana menerima rasuah. Kehidupan Shima terus berubah. Jika selama ini dia mewah berbelanja, kini dia Cuma dibekalkan dengan RM1 sehari.
            Kawan-kawan yang dahulu tidak mahu berkawan dengannya lagi. Nurin mendekati Shima, lalu memintanya bersabar.
            “Sabarlah, Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati,” kata Nurin.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis susah didapati – mencari kawan memang mudah, tetapi mencari kawan yang bersama waktu susah adalah sukar.


1 ulasan: