5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain. (Shahih Muslim No.1352)
Sabtu, 11 Mei 2013
Selasa, 7 Mei 2013
Karangan jenis Laporan
Penerangan.
*Murid perlu memahami jenis laporan
sama ada laporan lawatan, aktiviti persatuan, perayaan
ataupun perasmian.
*Laporan perlu ada tajuk, tarikh,
tempat, butir-butir yang berkaitan, tandatangan, nama
pelapor (huruf besar), dan jawatan
pelapor.
*Tarikh diletakkan di sebelah kanan,
iaitu sejajar dengan “Laporan disediakan oleh”.
*Bagi karangan berformat seperti ini,
tajuk dianggap pendahuluan, manakala tandatangan,
nama pelapor, dan jawatan dianggap
penutup. Memadai jika murid menulis empat perenggan
untuk empat idea.
*Bagi laporan aktiviti persatuan,
sertakan senarai nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan,
jumlah ahli, aktiviti sepanjang tahun
dan harapan setiausaha.
*Bagi laporan lawatan, tulis apa-apa
yang dilihat, dirasa, dialami, dan kesan lawatan tersebut
terhadap pembelajaran.
*Karangan ini tiada bezanya dengan
karangan jenis cerita, diari ataupun berita. Cuma format
yang membezakannya.
Format permakahan.
*Tanpa tajuk (tolak
½ markah).
*Tanpa tandatangan/salah letak (tolak ½
markah).
*Tanpa nama (tolak
½ markah).
*Tanpa jawatan (tolak ½
markah).
*Tanpa tarikh/salah letak
(tolak ½ markah).
Contoh 1.
Sekolah kamu telah mengadakan kempen
kebersihan. Tulis laporan tentang kempen tersebut.
Rangka karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Sekolah telah mengadakan kempen kebersihan 2013.
-Majlis pelancaran olen Tuan Guru Besar.
-Majlis diadakan di perkarangan sekolah.
|
|
|
Idea
|
|
|
1)Tuan Guru Besar mahu murid mencintai
kebersihan.
-Kebersihan budaya murid yang
cemerlang.
-Sekolah sebagai tempat melatih murit
menghargai kebersihan.
2)Bersama-sama membersihkan
persekitaran sekolah.
-Murid bersikap ringan tulang.
-Guru mengawasi murid.
|
3)Diadakan pertandingan kelas
terbersih.
-Murid membersihkan kelas.
-Tiga orang guru membersihkan kelas.
4)Murid-murid digalakkan menyumbangkan
pokok bunga.
-Mendapat sambutan baik daripada ibu
bapa.
-Sebanyak 236 pokok diterima.
|
|
Penutup
|
|
|
Majlis penutupan di dewan besar.
-Kelas 6 Intan diumumkan sebagai kelas
terbersih.
-Kempen ini mencapai matlamat.
|
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Laporan kempen Kebersihan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan
Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2013.
Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En Mohd Ali Hassan. Semua murid
menghadiri majlis perasmian yang diadakan di perkarangan sekolah.
Tuan
Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti
yang dijalankan selama seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai
kebersihan. Baginya, kebersihan merupakan budaya murid yang cemerlang. Oleh itu, beliau mahu menjadikan
sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.
Selepas
majlis pelancaran itu, semua murid bersama-sama membersihkan persekitaran
sekolah. Murid-murid menunjukkan sikap ringan
tulang mengutip sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan pasu bunga.
Setiap kelas dibahagikan kepada kawasan tertentu yang diawasi oleh guru kelas
masing-masing.
Sekolah
juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan itu menyebabkan
murid-murid berlumba-lumba membersih, menghias dan menceriakan kelas
masing-masing. Tiga orang guru telah memeriksa setiap kelas untuk menentukan
kelas yang layak menjadi juara.
Murid-murid
juga digalakkan menyumbang pokok bunya kepada sekolah. Kempen tersebut mendapat
sambutan yang baik dari pada ibu bapa. Sejumlah 236 pokok bunya telah diterima
oleh pihak sekolah.
Majlis
penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2013 di dewan besar. Kelas 6 Intan telah
diumumkan sebagai kelas terbersih. Secara keseluruhannya, kempen yang
dijalankan telah mencapai matlamat untuk mewujudkan suasana sekolah yang ceria
dan indah.
Laporan disediakan oleh,
11 Mac 2013
__________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Maksud peribahasa yang digunakan.
Sikap ringan tulang – rajin berkerja
dan usaha.
Contoh 2.
Kamu sebagai Setiausaha persatuan
Sains diminta oleh guru penasihat membuat laporan tahunan. Sediakan laporan
tersebut selengkapnya.
Rangka karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Ditubuhkan sejak 1997.
-Telah mengadakan pelbagai aktiviti.
-Aktiviti dijalankan pada waktu
petang.
|
|
|
Idea
|
|
|
1)Ahli seramai 128 orang.
-Telah mengadakan perbagai aktiviti.
-Aktiviti dijalankan pada waktu
petang.
2)Aktiviti mendapat sambutan.
-Pertandingan luar juga disertai.
-Seorang ahli menjadi johan.
|
3)Yuran tahunan sebanyak RM0.50.
-Menjual kad hari raya.
-Contoh jawatan yang disandang.
4)Cadangan mengadakan jamuan
perpisahan.
-Yang terlibat akan diundang.
-Majlis perpisahan ahli tahun enam.
|
|
Penutup
|
|
|
Bangga atas kerjasama yang diberikan.
-Berharap lebih banyak aktiviti
dijalankan.
-Berharap ahli berminat mata pelajaran
sains.
|
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Laporan Tahunan Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Penaung :En Mohd Zanafi bin Zakaria
Penasihat :Puan Nooraini binti Mohd Ali
Pengerusi :Muhammad Irfan Hadi bin Mohd Zanafi
Setiausaha :Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi
Bendahari :Nurin Izzaty binti Mohd Zanafi
Ahli Jawatankuasa :Azhar bin Seman
Zainal
bin Husain
Aslina
binti Ahmad
Chan
Wei Meng
S.
Sundralingam
Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan
Bukit Beruntung 1 telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Sepanjang penubuhannya,
pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menarik minat ahli terhadap mata
pelajaran Sains. Kelebihannya, Persatuan Sains menjalankan aktiviti pada waktu
petang.
Pada
tahun 2013, jumlah ahli persatuan ini seramai 128 orang. Menerusi bimbingan
guru penasihat, pelbagai aktiviti diadakan seperti minggu Sains, mewujudkan
taman sains, lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, dan melukis mural.
Sasaran aktiviti adalah murid-murid Tahap Dua.
Setiap
aktiviti mendapat sambutan yang baik daripada ahli. Pertandingan anjuran
Jabatan Pelajaran Daerah juga kami sertai.
Salah seorang daripada ahli kami, Nurul Hidayah binti Halim telah Berjaya mendapat tempat pertama dalam
pertandingan mendeklamasikan sajak berunsur sains.
Bagi
memudahkan persatuan menggerakkan aktiviti, setiap ahli dikenakan yuran tahunan
sebanyak RM0.50. Aktiviti lain untuk mengisi tabung ialah jualan kad hari raya.
Kami juga menjual buku-buku terpakai semperna sambutan hari keluarga.
Pada
hujung tahun, iaitu 5 November 2013, kami bercadang untuk menganjurkan jamuan
perpisahan. Penaung, guru penasihat, dan semua ahli dijemput hadir. Majlis
tersebut merupakan majlis perpisahan untuk ahli tahun enam.
Kami
berasa bangga terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak demi memajukan
persatuan ini. Kami berharap agar persatuan ini dapat mengadakan lebih banyak
aktiviti dengan barisan ahli jawatankuasa yang baharu yang bulat hati untuk memajukan persatuan. Semoga ahli-ahli lebih
berminat terhadap pelajaran Sains di dalam kelas.
Laporan disediakan oleh, 25 OKTOBER
2013
______________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.
Isnin, 6 Mei 2013
Solat Dhuha
Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya
Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan
setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah.
Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin
keberkatan hidup yang hakiki.
Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.
Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.
Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha.
Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang
waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam
kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu
al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini
pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu
solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi
dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00
tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat
sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan
Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah
bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat
kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah
sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat
dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut
diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya
disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat
tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:
Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu,
kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu
kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu".
"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika
masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan
kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang
disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada
rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk
Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang
berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu
sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Karangan jenis Wawancara/Dialog.
Pengenalan.
*Karangan ini terbahagi kepada dua
jenis, iaitu wawancara atau temu ramah dan dialog.
*Jenis pertama digunakan untuk urusan
rasmi seperti pertanyaan untuk orang-orang ang berkedudukan atau orang-orang
yang dihormati.
*Jenis kedua adalah untuk urusan yang
tidak formal seperti bertanyakan khabar, mengucapkan takziah ataupun perbualan
menerusi telefon.
*Sebelum memulakan penulisan, murid
boleh menyertakan keterangan yang berkaitan dengn wawancara/dialog tersebut,
tertapi tidak melibatkan markah, Cuma membantu megindahkan penulisan tersebut.
*Jika orang yang diajak berbual-ual
lebih berumur, gunakan perkataan “Encik”, “Tuan”, “mak cik’, dan lain-lain yang
lembut dan sopan.
*Karangan perlu mempunyai pendahuluan,
empat idea, da penutup.
*Ucapan “Selamat sejahtera” atau yang
sama denganya dianggap pendahuluan, manakala lafaz “Terima kasih” dianggap
penutup.
*Murid tidak digalakkan menggunakan
kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “nak”.
*Wujudkan suasana perbualan yang
sebenarnya.
Formad permakahan
*Menulis dalam bentuk karangan biasa
akan di tolak 3 markah.
Contoh 1.
Kawan kamu selal endapat tempat
pertama dalam peperiksaan.Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk
mengetahui tentang rahsia kejayaannya.Tlis perbualan kamu dan rakan kamu
selengkapnya.
Rangka karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.
|
|
|
Idea
|
|
|
1)Memberi tmpuan ketik di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanakan guru jika tidak faham.
2)Di rumah, membaca nota yang diberi
oleh guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.
|
3)Ayah sentiasa membeli buku ulang
kaji.
-Membuat latihanketika ada waktu
terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.
4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30
malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.
|
|
Penutup
|
|
|
Mengucapkan penghargaan kerana sudi
berbual.
-Berjaya kerna gigih belajar.
-Boleh Berjaya jika rajin belajar.
|
|
Mengarang karangan berpandu peta minda diatas.
Rahsia Menjadi Murid Cemerlang.
Nur Illya Maisara sering mendapat
tempt pertama dalam peperiksaan. Pada suatu hari, saya berpeluang menemuinya
untuk mengetahui tentang rahsia kecermelangannya dalam pelajaran.
Irfan :Apa
khabar, Illya? Sibuk nampaknya.
Illya :Khabar
baik. Oh, saya sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Nooraini sruh!
Irfan :Awak
saya lihat, selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ingin tahu juga
rahsia kejayaan awak.
Illya :Di
dalam Kelas. Ketika guru mengajar saya akan memberi sepenuh perhatian. Saya
mengelak diri daripada berbual-bual dengan rakan. Jika saya tidak fahan, saya
segera bertanya pada guru.
Irfan :Apakah
yang awak lakukan ketika di rumah?
Illya :Di
rumah saya akan membaca semula nota pelajaran yang diberi oleh guru. Tujuannya
supaya maklumat yang diberikan oleh guru itu kekal dalam ingatan saya.Saya juga
membuat nota kecil yang boleh saya bawa ke mana-mana sahaja.
Irfan :Bagaimanakah
dengan buku-buku ulang kaji?
Illya :Buku
ulang kaji sentiasa ayah saya beli. Saya akan membuat latihan apabila ada waktu
terluang. Biasanya, pada hari minggu saya habiskan masa dengan membuat ulang
kaji.
Irfan :Awak
menghadiri kelas tuisyen?
Illya :Saya
menghdiri kelas tuisyen seminggu da kali. Kelas diadakan dari jam 7.00 malam
sehingga jam 9.00 malam. Saya mengikuti kelas tuisyen yang memantapkan
pengetahuan saya.
Irfan :Saya
ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian awak berual-bual dengan saya. Awak
memang gigih belajar dan otak cair,
sebab itulah selalu mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Illya :Terima
kasih,setiap orang boleh Berjaya jika berusaha dan rajin belajar.
Maksud peribahasa yang
digunakan.
Otak cair - orang yang cerdik.
Contoh 2.
Semperna sambutan Hari Pahlawan, kamu diminta
mewawancara seorang tokoh pahlawan
yang mengetahui sebab-sebab sambutan itu
diadakan dan cara-cara orang ramai menghargai
jasa pahlawan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Rangka
karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Keterangan awal.
-Memberi ucapan salam.
-Menatakan hasrat mahu mewawancara.
|
|
|
Idea
|
|
|
1)Menghargai jasa perajurit.
-Tanpanya, Negara tidak aman.
-Menngenang, menghargai dan bersyukur.
2)Mengadakan kutipan derma.
-Wang untuk membantu ahli dan keluarga.
-Memberikan sumbangan tertentu.
|
3)memberi perkejaan kepada pesara tentera.
-Tenter bersara sekitar 40 tahun.
-Tanggungan mereka banyak.
4)Bersama mempertahankan keamanan.
-Ramai yang iri hati kita aman.
-Berwaspada terhadap dakyah.
|
|
Penutup
|
|
|
Menghargai kerana sudi diwawancara.
-Membalas penghargaan.
-Keterangan penutup.
|
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas.
Wawancara
Semperna Sambutan Hari Pahlawan.
Sekolah saya terpilih manjadi tuan
rumah sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri. Saya
berpeluang mewawancara pengerusi
majlis tersebut, iaitu Mejar (B) Zanafi. Berikot
adalah hasil wawancara tersebut.
Illya :Assalamualaikum,
tuan. Nama saya Nur Illya Maisara. Saya bercadang untuk mewawancara tuan.
Mejar (B) Zanafi :Waalaikumsalam. Silakan, saudari
Illya.
Illya :Mengapa
sambuta Hari Pahlawan diadakan pada setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi :Sebab yang pertama adalah untuk
menghargai jsa perajurit yang telah mempertahankan ibu pertiwi supaya
masyarakat buka mata. Tanpa mereka
kita tidak seaman sekarang. Sambutan ini memberikan peluang rakyat jelata
mengenang, menghargai, dan bersyukur terhadap sumbangan yang diberikan oleh
mereka.
26
Illya :Bagaimanakah
dengan kutipan yang dijalankan setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi :Kutipan derma juga merupakan salah
satu tujuan sambutan ini diadakan. Hasil kutipan tersebut sebenarnya disalurkan
untuk kebajikan para ahli dan keluarga mereka. Biasanya, kami memberikan sumbangan berupa biasiswa, pakaian,
makanan, dan bayaran tertentu dalam kalangan keluarga bekas tentera.
Illya :Bagaimana
cara ang paling baik untuk menghargai jasa perajurit?
Mejar (B) Zanafi :Selain sumbangan wang, badan tertentu
hendaklah memberi pekerjaan yang sesuai kepada bekas tentera. Rata-rata tentera
bersara sekitar awal 40-an. Memikirkan
tanggungan mereka yang banyak dan tenaga mereka yang masih kuat, wajarlah
diberi pekerjaan yang setimpal.
Illya :Selain
itu?
Mejar (B) Zanafi :Kita sama-sama mempertahankan keamanan
yang sudah peroleh. Walaupun komunis sudah tiada, tetapi ramai yang tidak
senang melihat kita aman. Jadi,
berwaspadalah terhadap sesuatu dakyah atau propaganda Negara luar.
Illya :Terima
kasih atas kesudian tuan untuk diwawancara.
Mejar (B) Zanafi :Sama-sama.
Selepas mengucapkan terima kasih,
saya pun keluar dari bilik Mejar (B) Zanafi bersama guru
pengiring untuk pulang ke sekolah.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Buka mata – sedar daripada kelalaian.
Karangan jenis Fakta.
Penerangan.
*Karangan jenis fakta meminta murid
memberikan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap tajuk yang diberikan.
*Sebelum menulis, murid perlu
benar-benar memahami tajuk yang di berikan.
*Setiap perenggan menampilkanidea
yang berlainan dan sebaik-baiknya, idea yang penting didahulukan.
*Dalam bahagian idea, ayat pertama
mestilah dimuatkan dengan idea, manakala ayat kedua dan ketiga perlu menyatakan
huraian serta contoh atau contoh. Kemudian kesan ayat pertama perlu ada kaitan
dengan ayat berikutnya.
*Gunakan bahasa yang tepat dan
elakkan penggunaan bahasa yang meleret-leret atau berbunga-bunga seperti karangan
jenis cerita.
*Jika perlu, murid boleh menyertakan
peribahasa atau kata-kata hikmat.
Contoh 1.
Kita digalakkan rajin membaca buku
cerita.Terangkan faedah-faedah yang diperolehi daripada membaca.
Rangka karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Membaca hobi yang banyak memberi
faedah.
-Boleh didapati di perpustakaan atau
kedai buku.
-Masa yang terluang digunakan dengan
membaca buku.
|
|
|
Idea
|
|
|
Dapat menambah pengetahuan.
-Membaca fiksyen sains, mengetahui
tentang sains.
-Boleh digunakan dalam mata pelajaran
sains.
2)Dapat memberikan hiburan.
-Perasaan merasa tenang sesudah
membaca.
-Mudah untuk mengulang kaji buku
sekolah.
|
3)Bahasa akan bertambah baik.
-Membaca buku inggeris bahasa kita
semakin baik.
-Kita mahir mengarang.
4)Menggunakan masa terluang dengan
berfaedah.
-Tidak membaca akan bercampur dengan
budak nakal.
-Boleh melakukan perbuatan yang tidak
baik.
|
|
Penutup
|
|
|
Masa itu sangat berharga.
-Genakan masa terluang dengan membaca.
-Perlu membaca sebuah buku dalam
tempoh seminggu.
|
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.
Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.
Membaca buku cerita merupakan hobi
yang banyak memberikan faedah.Buku cerita boleh kita perolehi dari perpustakaan
ataupun menerusi kedai buku.Oleh sebab faedahnya yang begitu banyak, setiap
masa yang terluang perlu kita mafaatkan dengan membaca buku cerita.
Membaca
buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai contoh, sekiranya kita
membaca buku fiksyen sains, kita akan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains. Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran meta
pelajaran Sains di kelas.
Membaca
buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, hati kita yang
tertekan akan menjadi tenang dengankesudahan kita yang kit abaca. Apabila kita
merasa tenang mudahlah untuk kita mengulang kaji buku-buku pelajaran pula.
Seterusnya,
membaca buku cerita dapat mempercepatkan penguasaan kita dalam sesuatu bahasa.
Sebagai contoh, sekiranya kita rajin membaca buku dalam bahasa inggeris,
penguasaan kita dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah
untuk kita mengarang dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang
cerita.
Membaca
buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita menggunakan masa lapang kita
dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak membaca, mungkin kita menggunakan
masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan
kita akan terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.
Sesungguhnya,
masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan ilmu.Oleh itu, gunakan masa
yang terluang dengan membaca.Bermula hari ini, kita hendaklah tanamkan azam
untuk membaca sebuah buku cerita setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu agar
kita menjadi murid yang tajam hati.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Tajam hati – cerdas dan pintar.
Contoh 2.
Kita dididik sepaya berjasa kepada
guru.Tulis sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.
Rangka karangan.
|
Pendahuluan
|
|
|
Menjadi murid yang tahu membalas jasa.
-Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.
-Di sekolah membalas jasa guru.
|
|
|
Idea
|
|
|
1)Rajin belajar.
-Memberi tumpuan ketika belajar.
-Akhirnya mendapat keputusan yang
baik.
2)Mengamalkan nasihat guru.
-Guru mahu kita berbudi bahasa.
-Bersifat lemah lembut dengan guru.
|
3)Tahu menghargai jasa guru.
-Berterima kasih dan memberikan hadiah
ketika Hari Guru.
-Guru bangga murid tahu mengenang
budi.
4)Ingat guru walaupun sudah
meninggalkan sekolah.
-Menghubungi bekas guru.
-Mengeratkan siraturahim.
|
|
Penutup
|
|
|
Banyak cara membalas jasa guru.
-Berusaha menjadi murid yang tahu
mengenang budi.
-Orang berbudi kita berbahasa.
Mengarang karangan berpandukan peta
minda diatas.
|
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.
Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di
rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas
jasa guru.
Untuk
membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam
kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah
tentu guru kita akan merasa gembira.
Kita
juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap
berbudi bahasa.Oleh itu, apabila
kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.
Seterusnya, kita tahu menghargai jasa
guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari
Guru.Kesannya, guru merasa
murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi.
21
Selanjutnya, kita perlu menghargai guru
walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut
menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat
mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.
Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang
boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid
yang tahu mengenang budi.Orang berbudi
kita berbahasa, orang member kita merasa.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Orang
berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa – Tiap-tiap pemberian orang
hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)


