Isnin, 27 Mei 2013

Karangan jenis Syarahan.(UPSR)


Penerangan.
*Karangan ini biasanya disampaikan untuk pertandingan.

*Jika dibandingkan dengan capan, karangan jenis ini membicarakan tajuk yang lebih formal seperti karangan fakta, Cuma formatnya sahaja berbeza.

*Karangan jenis ini memerlukan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada hadirin. Jika untuk pertandingan, perlu menyebt ungkapan “para hakim”. Contoh:

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru besar, guru-guru penolong kanan, para hakim yang adil, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

*Gunakan ungkapan “hadirin yang dikasihi” atau yang seumpama dengannya untuk mewujudkan suasana bersyarah.

*Kata alu-aluan  dianggap pendahuluan. Lafaz “terima kasih” pada akhir syarahan dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea lagi untuk ditulis dalam empat perenggan.

*Perenggan kedua, iaitu idea pertama biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan dan sedikit keterangan tentang tajuk.

*Perenggan kedua, iaitu idea pertama biasanya menyatakan hasrat untuk menyampaikan syarahan dan sedikit keterangan tentang tajuk.

*Murid boleh menyertakan kata-kata hikmah atau peribahasa yang bersesuaian dalam syarahan.

Format permakahan (Maksimum: ditolak 3 markah)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa                                                         (Ditolak 3 markah)
*Tanpa kata-kata menghadap majlis                                                             (Ditolak 1 markah)
*Tanpa kata-kata penutup                                                                              (Ditolak 1 markah)

Contoh 1.
Kamu telah memasuki satu pertandingan syarahan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Faedah-faedah Menguasai Lebih daripada Satu Bahasa”. Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Kata alu-aluan.
-Ucap selamat sejahtera.
-Tajuk syarahan.

Idea
1)Masyarakat mampu menguasai Bahasa Malaysia.
-Satu bahasa mewujudkan perpaduan kaum.
-Wajar menguasai lebih daripada satu bahasa.

2)Mudah untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
-Banyak rujukan dalam bahasa inggeris.
-Mudah untuk membuat rujukan.

3)Memudhkan kita untuk berkomunikasi.
-Boleh bertegur sapa dengan bbangsa lain.
-Ramai yang menyukai kita.

4)Mudah untuk mencari kerja.
-Syarikt berurusan dengan perbagai bangsa.
-Mudah berurusan.

Penutup
Penegasan tajuk.
-Serangkap pantun.
-Ucapan terima kasih.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, para hakim, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk,Faedah-faedah Menguasai Lebih Daripada Satu Bahasa”.
            Boleh dikatakan rata-rata rakyat Negara ini mampu mengusai bahasa Malaysia dengan baik. Sebagai bahasa rasmi, penggunaan satu bahasa penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Walaupun begitu kita wajar menguasai bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris,bahasa Mandarin, dan bahasa Tamil.

Hadirin yang dimuliakan,
            Apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa, mudahlah untuk kita menambah

ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, banyak bahan rujukan terdapat dalam bahasa Inggeris. Apabila kita menguasai bahasa tersebut, ini memudahkan kita untuk membuat rjukan sekaligus kita tidak ketinggalan dalam memperoleh maklumat yang terkini.
            Penguasaan lebih daripada satu bahasa juga memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain. Jika kita bertemu dengan bangsa-bangsa lain di atas angin, Bolehlah kita bertegur sapa dalam bahasa mereka. Keramahan kita melayan seseorang itu akan menyebabkan ramai orang menyukai kita.

Hadirin yang dikasihi,
            Selain itu, mereka yang mengusai lebih daripada satu bahasa mudah untuk mencari pekerjaan. Banyak syarikat berurusan dengan perbagai bangsa. Apabil mengetahui banyak bahasa, mudaklah seseorang itu untuk berurusan dengan orang ramai.
            Jelaslah kepada kita akan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa. Sebelum saya mengundurkan diri, dengarlah serangkap pantun yang berbunyi:

                                    Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan,
                                                Bahasa inggeris kuasai minda;
                                    Banyak bahasa memudahkan perjalanan,
                                                Perjalanan memburu kejayaan berganda.

Sekin, terima kasih.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Atas angin – Negara disebelah barat.

Contoh 2.
Amalan berjimat cermt wajar menjadi budaya hidup kita. Kamu diminta menyampaikan syarahan yang bertajuk “ Cara-cara Melahirkan  Sikat Berjimat Cermat”. Sediakan teks sarahan tersebut selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Kata alu-aluan.
-Penghargaan kepada tetamu.
-Lafaz selamat sejahtera.

Idea
1)Maksud amalan berjimat cermat.
-Berhemat dalam perbelanjaan.
-Bertentengan dengan sikap boros.

2)Kawal nafsu berbelanja.
-Membeli barang perlu sahaja.
-Duit lebihan perlu disimpan.

3)Ib bapa didik anak berjimat.
-Elakkan memberikan wang berlebihan.
-Wang yang diperoleh disimpan di dalam bank.

4)Galakkan anak membawa bekal.
-Dapat berjimat.
-Makanan berkhasiat.

Penutup
Mohon mengundur diri.
-Berjimat cermat budaya kita.
-Ucapan terima kasih
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat.

Terim kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
            Pad pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara melahirkan Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat membawa maksud berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini berententangan dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.

Hadirin yang dikasihi,
            Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawl nfsu ketika berbelanjaan. walaupn banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang perlu  sahaja.

Jika ada duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.

            Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya berjimat cermat walaupun anak kemungkinan kecil hati. Jangan bemberikan wang yang banyak kepada mereka sebagai belanja persekolahan kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang diperolehi oleh anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.          

Hadirin yang dimuliakan,
            Menggalakkan anak-anak membawa bekal kesekolah merupakan satu cara berjimat. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan.Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan berkhasiat. 
            Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita.
            Sekian, terima kasih.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Kecil hati – merajuk kerana tersinggung.

Karangan jenis Ucapan.(UPSR)


Penerangan.
*Ucapan biasanya disampaikan pada majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang atau mengingati hari tertentu.

*Kandungan ucapan tidak meminta pendengar (pembaca), penerangan, pujian, dan penghargaan.

*Ucapan dimulakan dengan kata alu-aluan. Kandungan kata alu-aluan adalah seperti yang berikot.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Geru Besar, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera sya ucapkan.

*kata alu-aluan dianggap pendahuluan, manakala lafaz “terima kasih” dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea lain yang ditulis dalam empat perenggan.

*Idea pertama yang ditulis dalam perenggan kedua perlu menyatakan penghargaan dan tujuan berucap.

*Gunakan bahasa yang sesuai dengan pendengar.

Akhiri ucapan dengan lafaz terima kasih. Sebaik-baiknya murid sertakan serangkap pantun untuk memperlihatkan kemantapan dalam bahasa.

Format permakahan (maksimum: Ditolak 3 markh)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa                                                        (Ditolak 3 markah)
*Tanpa kata-kata menghadap majlis                                                             (Ditolak 1 markah)
*Tanpa kata-kata penutup                                                                              (Ditolak 1 markah)

Contoh 1.
Kamu telah Berjaya dalam kerjaya kamu. Lantran kamu itu, sekolah kamu telah mengundang kamu dalam satu majlis. Dalam majlis tersebut, kamu diminta menyampaikan ucapan. Sediakan teks ucapan kamu selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
-Penghargaan kepada para jemputan.
-Ucapan selamat sejahtera
Idea
1)Menghargai undangan.
-Terhru berucap di hadapan bekas guru dan rakan.
-Mengimbau peristiwa 30 tahun lalu.

2)Murid sekarang banyak kemudahan.
-Contoh kemudahan yang ada.
-Dahulu berjalan kaki dengan perut kosong.

3)Pendorong kejayaan.
-Rebut peluang yang ada.
-Berazam untuk Berjaya.

4)Menghargai bekas guru.
-Mencorak hidup.
-Hubungan berpanjangan.

Penutup
Ingin mengundur diri.
-Serangkap pantun.
-Ucapan terima kasih.

Merangka karangan berpandukan kepada peta minda di atas.

Ucapan Bekas Murid.
Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan murid sekalian. Assalamalaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
            Pertama sekali saya ucapkan terima kasih tas kesudian penganjur mengundang saya. Sebagai bekas murid, saya berasa amat terharu kerana dapat berucap di hadapan bekas guru dan rakan sekalian. Sambutan ini mengingatkan saya kepada peristiwa lebih 30 tahun dahulu.

Hadirin yang dikasihi,
            Murid sekarang menikmati perbagai kemudahan untuk belajar. Mereka disediakan dengan buku teks, belanja makan, dan system pengangkutan yang baik. Saya dahulu terpaksa berjalan kaki dengan perut kosong sejauh epat batu setia hari.
            Jadi, kelebihan yang adik-adik kecapi sekarang sewajarnya menjadi pendorong ntuk berjaa dengan cemerlang. Semua kemudahan sudah tersedia dan rebutlah peluang yang ada. Belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk Berjaya.

Hadirin yang dimuliakan,
            Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap guru-guru di sekolah ini. Cikgu semua yang banyak mencorakkan hidup saya sekarang. Walaupun saya sudah bergelar Profesor, tetapi saya berharap agar hubungan kita berpanjangan bagai beliung dengan asahan.
            Sebelum mengundur diri, daya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:

                                    Lurutkan minyak ked an padi,
                                                Padi muda bersusun bunga,
                                    Tuan banyak menanam budi,
                                                Tiada upaya saya membalas.

Sekian, terima kasih.


Maksud peribahasa yang digunakan.
Bagai beliung dengan asahan – tidak pernah berpisah.

Contoh 2.
Tidak berapa lama lagi, kamu dan rakan-rakn akan meninggalkan sekolah rendah. Satu majlis perpisahan akan diadakan untuk murid-murid tahun enam. Kamu telah diminta untuk menympaikan ucapan pada hari tersebut. Sediakan teks ucapan kamu.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Terima kasih kepada pengerusi majlis.
-Penghargaan kepada para jemputan.
-Lafaz selamat sejahtera.

Idea
1)Menghargai diadakan majlis seperti ini.
-Majlis yang besar maknanya.
-Menuntut selama enam tahun.

2)Penghargaan kepada warga pendidik.
-Jasa guru tetap dikenang.
-Tetap ingat sepanjang hayat.

3)UPSR telah diumumkan.
-Memperoleh keputusan yang cemerlang.
-Paling cemerlang di peringkat negeri.

4)Kejayaan dalam bidang kokurikulum.
-Johan pidato peringkat negeri.
-Nama sekolah makin harum.

Penutup
Jasa pendidik terlalu besar.
-Serangkap pantun.
-Lafaz terima kasih.

Merangka karangan berpandukan peta minda di atas.

Ucapan Semperna Majlis Perpisahan Murid Tahun Enam.
Terima kasih kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar ,guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan semua. Assalamalaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
            Terlebih dahulu, saya merakamkan penghargaan atas kesudian pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini. Majlis perpisahan ini amat besar maknanya kepada kami. Maklumlah, sudah enam tahun kami menuntut di sekolah yang sering mencatatkan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
            Pada majlis yang bersejarah ini, saya mewakili teman-teman mengucapkan penghargaan atas jasa pada guru yang tidak jemu mendidik kami. Jasamu terakam dalam lipatan sejarah. Kami tetap mengingati jasamu selagi hayat dikandung badan.

            Semalam keputusan UPSR telah diumumkn. Buat pertama kalinya seramai 83 orang murid memperolehi 5A. peratusan terbaik dari segi kuantiti ini mengatasi sekolah-sekolah lain di Hulu Selangor ini dan keseluruhan Negeri Selangor.
            Tahun ini juga banyak kejayaan dalam bidang kokurikulum yang telah diraih. Antaranya, murid sekolah kita telah menjadi johan di peringkat negeri dalam pidato. Walaupun gagal di peringkat kebangsaan, tetapi kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah.
            Sesungguhnya, jasa warga pendidik amat besar maknanya kepada kami. Tanpamu guru, kami bagai si buta kehilanga tongkat. Saya akhiri ucapan saya in dengan serangkap pantun yang berbunyi:

                                    Tenang-tenang air di laut,
                                                Sampan boleh mudik ke tanjung,
                                    Hati terkenang mulut tersebut,
                                                Budi yang baik rasa nak junjung.

Sekian, terima kasih.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Bagai sibuta kehilangan tongkat – orang yang dlam kesusahan apabila ditimpa sesusahan lain, maka bertambah susahlah dia.

Sabtu, 11 Mei 2013

Kalimah syahadah



AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa “Sekiranya hendak ditimbang nilai dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa dua kalimah itulah yang terlebih berat”.
Dua kalimah syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam. Yakni, dua kalimah inilah yang menjadi perantara di antara seorang Muslim dan bukan Muslim. Apabila seseorang yang sebelumnya menganut agama lain kemudian ingin memeluk agama Islam, maka dia perlu mengucap dua kalimah syahadah inilah.
Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam. Maksud rukun itu sendiri ialah; dasar, tiang, asas dan sendi (Kamus Dewan, ed.4, 2007). Jadi lima rukun Islam itu akan membentuk jatidiri seseorang muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri, sama ada ia benar-benar Islam atau sebaliknya. Sekiranya pincang salah satu daripada rukun itu, maka Islam seseorang tidaklah seperti sepatutnya. Dua kalimah syahadah ini merupakan rukunnya yang pertama maka ia perlu dihayati sesungguh-sungguhnya oleh setiap orang Islam.
Kata guru ana “Kalau tak cukup rukun, atau tidak sempurna rukun, tak taulah sama ada Islam seseorang manusia itu diterima atau tidaknya. Macam orang suruh tukang rumah buat rumah, tetapi ia tidak mahu ada tiang rumah, tak tahulah tukang rumah mana yang sanggup buat rumahnya itu, kerana apa yang diingininya itu bukanlah rumah sebenar rumah seperti fahaman dan ilmu seseorang tukang rumah”.
Dua kalimah syahadah ini juga satu ungkapan yang menjadi syiar umat Islam apabila mereka melaungkan azan bagi menyeru manusia untuk mengerjakan solat. Tidak diterima azan atau tidak dinamakan azan tanpa ucapan dua kalimah syahadah ini.
Syahadah maksudnya penyaksian
Dua kalimah syahadah ini adalah lafaz penyaksian. Bermaksud aku sanggup menjadi saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, yang ditaati, yang benar, yang mentadbir, dan yang segala-galanya melainkan Allah. Dan aku juga sanngup menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang tidak akan menyampaikan sesuatu melainkan apa-apa yang disuruh oleh Allah; sama ada daripada segi perkataan, perbuatan dan semua tingkahlaku baginda.
Mafhumnya, tidak sahlah penyaksian seseorang yang tidak menuruti kehendak-kehendaki lafaz dua kalimah syahadah ini. Iaitu yang tidak tunduk dan tidak patuh kepada suruhan Allah, atau mana-mana suruhan Allah. Tidak percaya kepada semua yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, atau mana-mana di antara sunnah Rasul itu. Seseorang saksi, ia sanggup menyaksikan setiap apa yang disaksikannya atau yang dipercayainya dengan sepenuh-penuh penyaksian. Tidak ragu-ragu lagi.
Penyaksian kepada dua kalimah syahadah ini pula letaknya di hati. Bukan pada lidah semata-mata. Sebab mana manusia pernah menyaksikan Allah? Mereka tidak pernah melihat Allah tetapi merasakan dengan hati akan kebesaran dan perlunya mereka patuh kepada segala perintah Allah. Mereka sekarang ini juga tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi kemurnian risalah yang dibawa oleh Baginda dan ketinggian akhlak baginda yang dipelajari daripada hadis-hadis menjadikan manusia itu yakin akan setiap perkara yang dibawa baginda itu benar daripada Allah SWT.
Mungkin kita pernah dengar “saksi palsu”. Saksi palsu ini tidak akan diterima oleh mana-mana mahkamah di dunia, apatah lagi mahkamah Allah di akhirat. Kita juga mungkin pernah dengar orang beerkata ”sesiapa yang derhaka kepada ibubapanya, tidak dapat mengucap apabila ajal menjemput”. Kenapa berlaku demikian? Kerana, pekerjaan menderhaka ibubapa itu adalah larangan Allah, jadi mana boleh si penderhaka kepada suruhan Allah akan menyaksikan kebenaran Allah? Contoh ini memberi gambaran bahawa, penyaksian si penderhaka kepada Allah tidak akan diterima hatta mungkin mulutnya sendiri tidak akan mampu melafazkan dua kalimah syahadah di saat ia memerlukannya.
Penghayatan
Ungkapan dua kalimah syahadah ini sepatutnya dihayati oleh umat Islam pada setiap masa dan ketika. Tidak berlalu sesuatu waktu kecuali diperbaharui ingatan dan penghayatan kepada kedua-dua lafaz ini. Seseorang muslim hendaklah senantiasa membasahi bibirnya dengan ucapan dua kalimah syahadah. Lalu hatinya juga akan turut dibasahi dengan nilai iman, taqwa dan rasa penyerahan serta penghambaan kepada Allah dan ketaatan kepada apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kelalaian umat Islam untuk terus memperbaharui rasa penghambaan dan ketaatannya melalui ucapan dua kalimah keramat ini akan menjadikan mereka alpa dan leka. Seterusnya sesat dan menyimpang daripada jalan yang lurus itu. Na’uzubillah min zalik. Lantas mereka mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang menjadi musuh tradisinya sepanjang kehidupan. Lantas mereka lalai dengan tipu daya dunia yang bersifat sementara lalu lupa kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Semuanya mungkin bermula daripada kealpaan kepada ungkapan dua kalimah syahadah inilah.
Kalaulah rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji itu dituntut melakukannya sekali seumur hidup apabila telah mencapai kemampuan sama ada daripada segi kewangan, kesihatan dan keselamatan. Kalaulah rukun yang keempat iaitu zakat itu dituntut melakukannya apabila cukup nisab dan haulnya bagi yang berkemampuan. Kalaulah rukun ketiga iaitu puasa itu dituntut melakukannya setahun sekali selama sebulan pada bulan ramadhan dan kalaulah rukun Islam yang kedua iaitu solat itu dituntut melakukannya lima kali sehari maka ungkapan dua kalimah syahadah yang menjadi teras, paksi dan sendi agama ini dituntut melakukannya setiap masa dan ketika.
Rukun-rukun Islam yang lain itu memerlukan kemampuan daripada segi fizikal, kewangan dan sebagainya namun rukun yang pertama dan yang asas ini tidak sedemikian. Ia hanya perlu kepada ingatan di hati yang secara ikhlas melafazkan dengan lidah demi menyatakan penyerahan dan pengabdian serta tunduk dan patuhnya seseorang itu kepada tuntutan dan kehendak agama.
Oleh kerana itulah, sepatutnya seseorang Islam itu sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika. Ia merupakan tuntutan agama yang mana waktu masuknya adalah pada setiap masa. Tidak ada waktu khusus seperti solat, puasa, zakat ataupun haji. Ia adalah ibadah sepanjang masa. Dan ia adalah asas yang utama.
Sebab itu, orang yang mati dalam keadaan ingat kepada kedua lafaz utama ini akan diterima di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW (hadis sahih) “Barangsiapa yang mati dengan mengucapkan dua kalimah syahadah maka ia layak memasuki syurga Allah” atau sebagaimana maksud lafaz daripada Rasulullah SAW.
Amalan
Lafaz dua kalimah syahadah ini bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja. Mereka yang dah lama Islam itu tidak perlu mengucapkannya pula. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat memperbaharui nilai iman dan Islam (penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariat-syariatnya yang dibawa oleh Rasulullah SAW).
Samentelah lah pula apabila Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa “Pada akhir zaman, manusia berpagi-pagi dengan Islam kemudian berpetang-petang dalam keadaan kafir. Ataupun mereka berpetang-petang dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran”. Maksudnya kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran pada setiap masa. Walaupun zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan sebagainya, tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah sebagai amalan itupun sudah cukup untuk menjadikan berpaling daripada Islam.
Sekurang-kurangnya pun mereka melakukan perbuatan syirik (menyekutukan Allah) yang tersembunyi di dalam hati. Seperti merasai kesempurnaan diri, takabur (besar diri), ujub (bangga diri) dan lain-lain sifat hati yang mazmumah maka itu telah menjadikannya melalukan perbuatan yang menyekutukan Allah kerana meletakkan diri mereka pada tempat Allah yang maha sempurna, berkuasa, perkasa dan seumpamanya itu.
Apabila perkara ini telah dilakukan, maka mereka perlu segera kembali kepada Allah dengan mengucap dua kalimah syahadah semula. Mereka perlu kembali beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah bahkan memperjuangkannya. Semuanya itu perlu dimulai dengan penyerahan diri melalui ungkapan dua kalimah syahadah itulah. Kerana segala amalan umat manusia tidak ada nilai di sisi Allah melainkan mereka terlebih dahulu menyatakan iman dan penyerahan diri kepadaNya.
Sepatutnya apabila bangun sahaja dari tidur, kita mengucap dua kalimah syahadah. Memulakan ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya itu dengan ucapan dua kalimah syahadah. Memulakan kerja mencari rezeki dengan kalimah dua syahadah. Apabila pulang dari kerja kita mengucap dua kalimah syahadah, takut-takut semasa kerja tadi kita melakukan atau memperkatakan sesuatu mengeluarkan kita daripada landasan patuh kepada Islam yang membatalkan iman. Wal iya zu billah.
Dan yang paling penting, apabila hendak tidur, kita mengucap dua kalimah syahadah. Kerana sabda Rasulullah SAW “Barang siapa yang kalimah akhirnya adalah ‘La Ilaha Illallah’ nescaya akan masuk syurga”. Pesan guru ana “kalaupun sudah terlalu letih, dan tidak sempat ingin membaca perkara-perkara lain (zikir) maka ucapkanlah sekurang-kurangnya lafaz dua kalimah syahadah” sebelum tidur. Mana tahu, itulah kesempatan kita yang terakhir.
Kesimpulan
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah ini sama ada secara langsung (lafaznya) atau tidak langsung (pengajarannya yang berbentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada ajaran agama Allah). Lazimilah ucapan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika walau di manapun kita berada selagi hayat dikandung badan. Semoga kembalinya kita kepada Allah nanti adalah dalam keadaan menyerah diri kepadaNya secara keseluruhan dan sempurna.
Firman Allah (Ali Imaran:102) “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).
Wallahu aklam

RUKUN-RUKUN SOLAT

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA



MUQADDIMAH

Aqidah yang sahih dan sempurna merupakan syarat pertama untuk menjamin amal seseorang diterima oleh Allah SWT. Tanpa aqidah Islamiah yang tulen, amalan tidak akan diterima oleh Allah SWT walaupun ia berbau Islam.

Firman Allah s.w.t. :

أجعلتم سقاية الحآج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجهد فى سبيل الله لا يستوون عند الله

Maksudnya : “ Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepaada Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah”.
(At-Taubah : 19)

ASAS AJARAN ISLAM 

Asas ajaran Islam ialah pengucapan syahadatain. Ia adalah muqaddimah kepada ajaran ini. 
Kalimah syahadah mengandungi dua tuntutan besar. Tuntutan keimanan kepada Allah yang mencakupi aspek-aspeknya dan tuntutan beriman kepada Rasululah SAW dengan beberapa aspek yang mesti diimani.

HUBUNGAN SYAHADAH DENGAN ISLAM 

Ia seperti hubungan antara roh dan jasad. Syahadah yang diucapkan tidak akan memberi apa-apa erti kepada tuannya kecuali ia tahu apa yang diucapkan.
Ucapan itu, hendaklah dilafazkan dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh, tidak main-main. Mana-mana ucapan yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak tahu maksud yang diucapkan itu dan ditambah pula dengan rasa yang tidak yakin, syahadah seperti itu tidak bererti bahkan orang seperti itu dikatakan pembohong dan pengkhianat. 
Ia samalah seperti seorang saksi di mahkamah. Seorang saksi berhak menerangkan sesuatu jika ia betul-betul lihat dan tahu, kemudian penyaksian itu hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh, barulah ia dikatakan benar. Begitulah sebaliknya. 

KESEMPURNAAN SYAHADAH

Syahadah hanya akan sempurna apabila memenuhi syarat-syarat seperti berikut : 

1. MENGAKU DENGAN LIDAH : Dengan erti sesorang itu mengaku dan mengucap dengan lidahnya bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhNya.

2. KEPERCAYAAN DI DALAM HATI : Iaitu hatinya percaya dengan bersungguh-sungguh bahawa apa yang diucapkan oleh lidah adalah betul dan benar.

3. MELAKUKAN TUNTUTANNYA DENGAN ANGGOTA : Setelah kedua-dua hati dan lidah sebulat kata, maka anggota dengan rela melakukan kehendak tuntutan dari ucapan syahadah itu.

TAUHID ULUHIYAH DAN RUBUBIYYAH

Kedua-dua tauhid di atas tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Di dalam syahadah ada kalimah “Ilah” yang mempunyai kaitan kukuh antara Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah. 
Tauhid Rububiyyah ialah mengi’tiqadkan atau mengaku bahawa Allah SWT Yang Esa sahaja mencipta alam seluruhnya, mentadbir dan mengurus, menghidup dan mematikan. Di tanganNyalah kerajaan dan kekuasaan serta memiliki segala sesuatu.
Seluruh umat manusia beriman kepada Rububiyyah ini tidak kira kafir atau Muslim. Firaun walaupun ia mengaku dirinya tuhan tetapi di dalam hatinya mengaku beriman kepada Tauhid Rububiyah kerana ia mengaku bahawa pencipta alam ini adalah Allah Yang Maha Esa, sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya :

قال لقد علمت ما أنزل هؤلآء الا رب اسموات والأرض بصائر وانى لظنك يفرعون مبثورا

Maksudnya : “ Musa berkata : Sesungguhnya engkau mengetahui, tiada yang menurunkan ayat-ayat itu melainkan Tuhan langit dan bumi sebagai keterangan (atas kebenaran). Sesungguhnya aku menyangka engkau hai Firaun orang binasa”. 

Orang kafir termasuk musyrikin Arab apabila ditanya sipakah pencipta langit dan bumi, mereka menjawab Allah yang menciptanya. 

Firman Allah s.w.t. :

ولئن سألتهم من خلق السموات والأرض ليقولن الله قل الحمد لله بل أكثرهم لا يعلمون

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Mereka akan menjawab : “Allah” , tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”. 
(Luqman : 25) 

Tauhid Uluhiyyah iaitu mengi’tiqadkan bahawa Allah Yang Maha Esa sahaja yang layak dan mesti disembah dan tidak boleh menyekutuiNya dengan sesuatu. KepadaNya sahajalah tempat bertawakkal (tempat berserah) dan Dia sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan. 

Apabila seseorang itu telah beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dengan sendirinya ia beriman dengan tauhid Al-Sifat Wal Af’al dan Tauhid Rububiyyah. Kerana setelah dia menyembah Allah, dia mestilah mengenal sifat kesempunaanNya yang termasuk di bawah Tauhid Al-Sifat wal Af’al dan Rububiyyah. 

Orang yang beriman dengan Tauhid Ulhiyyah dikatakan telah Islam tetapi tidak sebaliknya. Dengan erti orang yang hanya beriman dengan Tauhid Rububiyyah semata-mata tidak digolongkan dengan orang-orang yang sebenar-benar beriman kepada Allah SWT.

TUGAS SEORANG RASUL MENGAJAK MANUSIA KEPADA TAUHID ULUHIYYAH

Tauhid Uluhiyyah yang meliputi ketiga-tiga jenis tauhid (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa sifat), adalah satu-satunya tauhid yang dituntut oleh Allah SWT dan kerana itu Rasul diutuskan. Setiap Rasul mengajak ummatnya supaya beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dan ia dikatakan ajaran asasi yang diajar oleh para anbiya’. Allah SWT berfirman :

وما أرسلنا من قبلك من رسول الا نوحى اليه انه لا اله الا أنا فاعبدون

Maksudnya : “ Dan tidak Kami utuskan sebelum engkau (Muhammad) daripada rasul-rasul melainkan Kami wahyukan kepadanya : Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku. Maka sembahlah olehmu akan Aku”. 

Antara tuntutan syahadah ialah beriman kepada Rasul dengan erti mengenali Baginda SAW dan dijadikan tempat rujukan kedua selepas Al-Quran. Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Oleh itu apabila seseorang itu menyaksikan bahawa Muhammad SAW itu Rasul Allah dia mesti menghayati firman Allah yang memerintah supaya mengikuti Rasul SAW sebagai tanda pengabdiannya kepada Allah SAW.

FirmanNya :

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم والله غفور رحيم

Maksudnya : “ Katakanlah : Jika kamu benar-benar mencintai Allah ikuitlah aku (Muhammad) nescaya Allah mengasihani kamu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. 
(Ali Imran : 31) 

FirmanNya lagi : 

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا فى أنفسهم حرجا مما قضيت ةيسلوا تسليما

Maksudnya : “ Demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad s.a.w.) hakim pada perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa berat terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya”. 
(An-Nisa’ : 65) 

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Apabila seseorang telah bersyahadah dengan kalimah syahadah, ia dianggap Islam, tetapi Islamnya tidak akan sempurna kecuali setelah menuaikan tunutan tauhid atau syahadah itu sendiri. Tuntutannya meliputi seluruh tuntutan Allah SWT dan Rasul SAW di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Secara ringkas tuntutan tersebut seperti berikut : 

1. BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB 
Perkara ghaib yang dimaksudkan itu beriman dengan rukun iman yang enam ; BERIMAN DENGAN ALLAH SWT, MALAIKAT, KITAB-KITAB, RASUL-RASUL, HARI AKHIRAT DAN QADHA’ QADAR.

2. MENUNAIKAN RUKUN ISLAM
Tauhid juga menuntut orang yang melafazkannya supaya menunaikan segala ibadat yang diwajibkan dengan sempurna dan betul mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, tidak memadai dilakukan ketika senang atau seketika sahaja. 

Sesiapa yang tidak menunaikan ibadat solat, puasa, zakat dan haji sedangkan ia cukup syarat wajibnya, ia tidak boleh dianggap Muslim kerana Islam tidak memadai dengan hanya mengucap sahaja, tetapi mesti disertakan dengan amalan anggota sebagaimana yang tersebut di atas. 

3. AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
Syahadah yang diucapkan memaksa tuannya melakukan amar ma’ruf nahi mungkar yang merupakan sebesar-besar kewajipan agama setelah seseorang itu beriman kepada Allah SWT.

FirmanNya :

كنتم خير امة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله .......

Maksudnya : “ Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar (baik) dan melarang ynag jahat, serta beriman kepada Allah”.
(Ali Imran : 110)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran dilakukan, maka hendaklah diubah dengan tangan, jika tidak berkuasa hendaklah diubah dengan lidah, jika tidak berkuasa juga hendaklah dilawan dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman”. 

Difahamkan dari hadis ini, sesiapa yang tidak melawan satu-satu kemungkaran sedangkan dia berkuasa, dia bukanlah orang Mukmin. Lebih-lebih lagi kalau sesorang itu memberi sokongan dan redha dengan kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya. Kerana orang yang melawan dengan hati adalah orang yang palinga lemah imannya. Jika redha, tidak melawan langsung atau memberi sokongan bererti imannya tidak ada. Orang seperti ini telah diistilahkan oleh Rasululah SAW sebagai syaitan bisu.

4. MENGHUKM DENGAN HUKUM ALLAH DAN MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM
Allah SWT telah memerintahkan kaum Muslimin supaya melaksanakan hukum Islam dan undang-undangnya. Di dalam Al-Quran banyak hukum yang telah diterangkan oleh Allah untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian.

Allah SWT telah memberikan amaranNya kepada mereka yang tidak mahu menghukum apa yang telah diturunkanNya dengan firmanNya : 

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الكفرون .......الظابمون .......الفاسقون

Maksudnya : “ Barangsiapa yang tidak maenghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir…….zalim…….fasik”.

Mereka yang tidak menghukum enggan apa yang diturunkan oleh Allah bererti mereka menolak Tauhid Uluhiyyah kepada Allah SWT dan juga mereka telah menolak ikrar dan pengakuan mereka terhadap syahadahnya melalui amalan mereka (amalan tidak menghukum dengan hukum Allah). Tuntutan melaksanakan hukum Allah ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerajaan Islam. Sebab itulah mengikut pandangan Said Hawa dalam Kitabnya “Tentera Allah” bahawa mendirikan kerajaan Islam sekarang adalah fardu ain bukan lagi fardu kifayah.

5. MENGADAKAN MASYARAKAT ISLAM

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang melaksanakan Islam dalam segenap lapangan, baik dalam lapangan aqidah, syariat (undang-undang), peraturan dan akhlak.
Masyarakat Islam tidak lahir kecuali lahirnya sekumpulan manusia yang menyembah Allah SWT dengan sempurna dan tidak menyembah yang lainnya serta tidak mematuhi undang-undang selain dari undang-undang Allah. Kemudian cara hidupnya berlandaskan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis dan tidak mengikuti peraturan-peraturan ciptaan manusia.

PENUTUP

Tiada gunanya keimanan kepada Allah itu dikerat-kerat mengikut selera individu. Islam meletakkan iman itu sama ada beriman secara mutlak kepada Allah dan RasulNya atau meninggalkannya secara mutlak.

Serahlah aqidah dan diri kamu kepada Allah. Sama ada penyerahan itu dilakukan atau tidak, kamu tetap akan datang berserah kepadaNya pada hari kiamat nanti.

Semoga kertas kerja yang ringkas ini akan dapat dimanfaatkan bersama sama ada kepada penulis atau pembaca sekelian.

Rujukan : 
1.Terjemahan Al-Quran.
2.Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, Tuntutannya Terhadap Ulama’.
3.Syahadah dan Tuntutannya Dalam Kehidupan Muslim.
Di ambil dari blog miftahulhidayah90.blogspot.com