Ahad, 14 Julai 2013

Karangan jenis Berita.(UPSR)

Penerangan.
*Karangan jenis ini memerlukan murid menjawap persoalan yang berkaian dengn apa, siapa, bila, mengapa, dimana, dan bagaimana.

*Apa:  Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita. Aspek ini memberikan maklumat kepada keseluruhan berita.

*Siapa: Nama dijelaskan dengan lengkap, termasuklah gelaran dan usia.

*Bila: Menerangkan masa dan tarikh peristiwa berlaku.

*Mengapa: Sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sebab-sebab belum diketahui, nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis masih menjalankan siasatan”.

*Di mana: Menerangkan tepat kejadian tersebut berlaku. Jika tempat kejadian kurang diketahui umum, letakkan nama negeri.

*Bagaimana: Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan peristiwa tersebut.

*Yang berikut ialah cara penulisan awal berita.

BATU PAHAT, 25 Februari – Penulisan tarikh lebih tepat berbanding hari.

*Perlu ada pendahuluan empat idea dan penutup. Oleh sebab karangan ini jenis karangan berita dalam kedaan tertentu, satu perenggan hanya mengandungi satu ayat sahaja.

*Setelah meletakkan nama tempat dan tarikh, berita boleh ditulis dalam bentuk cerita dengan menyatakan peristiwa mengikut urutan.

Format permakahan (Maksimum: Ditolak 3 markah)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa (Ditolak 3 arkah)

Contoh 1.
Di sekolah kamu telah berlaku pristiwa yang menggemparkan. Tulis berita tentang kejadian tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Seramai 14 orang murid mengalami keracunan makanan.
-Kejadian berlaku pada waktu rehat.
-Mangsa telah dihantar ke hospital.

Idea
1)Peringkat awal hanya tiga orang mangsa sahaja yang muntah.
-Jumlah mangsa semakin bertambah.
-Murid dilarang makan nasi lemak.

2)Mangsa dibawa ke bilik kesihatan.
-Pihak hospital telah dihubungi.
-Murid dibawa ke hospital.

3)Pegawai kesihatan telah memeriksa kentin.
-Keadaan kentin sangat kotor.
-kantin diarah tutup.

4)Mangsa dimasukkan ke wad.
-Ibu bapa mangsa dihubungi.
-Doktor telah membuat pemeriksaan rapi.

Penutup
Murid  bercadang membawa bekal ke sekolah.
-Kesihatan terjaga dan menjimatkan wang.
-Murid sedar pentingnya menjaga kesihatan.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan
KLUANG,7 Jun – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.
            Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.
           Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian, ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke hospital.
            Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.
            Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah dihubungi. Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.        
            Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti ayam berak kapor – tubuh yang kelihatan letih dan lesu.

Contoh 2.

Pasukan atau persatuan di sekolah kamu telah Berjaya dalam satu pertandingan yang dijalankan. Tlis berita tentang kejayaan tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
SKBB1 menjuarai bola sepak.
-berjaya mengalahkan SKBB2.
SKBB1 3, SKBB2 1.

Idea
1)Perlawanan bermula jam 4.30 petang.
-Awal perlawanan pasukan hanya bertahan.
-Selepas rehat permainan semakin rancak.

2)SKBB1 terus mengatur rancangan.
-Kesilapan memberikan ruang untuk menjaringkan gol.
-Kedua-dua pasukan mengubah strategi serangan.

3)Penonton memberikan sokongan padu.
-Riuh rendah apabila pemain saling membalas serangan.
-Sikap para penonton mendapat pujian.

4)Pengarah Pelajaran memuji mutu permainan.
-Yakin pemain berkaliber dapat dilahirkan.
-Selangor dapat menjuarai Piala Malaysia.

Penutup
Kejayaan dicontohi pasukan lain.
-Pasukan bola jaring dan hoki sedang mara.
-Menjadi pilihan murid.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 Juara Bola Sepak Bawah 12 Tahun.
RAWANG, 5 Mei – Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 SKBB1), telah menjuarai Piala Datuk Irfan Hadi.  Kejayaan ini telah dicapai apabila megalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) dalam perlawanan akhir yang dijalankan di padang  StadiumPerbandaran Selayang. Dalam perlawanan tersebut SKBB1 mengalahkan SKBB2 dengan tiga jaringan berbalas 1.
            Perlawanan untuk murid bawah 12 tahun itu dimulakan jam 4.30 petang. Pada awal perlawanan, kedua-dua buah pesukan hanya bertahan. Akan tetapi, selepas masa rehat, pasukan SKBB1 terus mengasak sehingga jaringan pertama dilakukan oleh ketua pasukan SKBB1, Zanafi Zakaria.
           Pasukan SKBB2 tidak patah semangat dan terus mengatur serangan. Hasil kesilapan penjaga gol SKBB1, penyerang SKBB2, Mamat Berjaya menjaringkan gol yang pertama. Kedudukan yang terikat 1 – 1 menyebabkan kedua-dua buah pasukan banyak mengubah strategi serangan.
            Penyokong kedua-dua pasukan yang melebihi 500 orang telah memberikan sokongn yang padu erhadap pasukan masing-masing. Cma keadaan yang sesak seperti ikan dalam belat menjadikan keadaan kurang terkawal untuk seketika. Sikap berhemah yang ditunjukkan oleh para penonton telah mendapat pujian daripada tetamu khas yang hadir.
            Ketika menyampaikan ucapan, Pengarah Pelajaran Melaka, Datuk Haji Ali Hasan melahirkan rasa bangga terhadap mutu permainan yang ditunjukkan. Jika bakat yang ada terus diasah, beliau yakin ramai pemain berkaliber akan lahir di Negeri Selangor. Jika ini menjadi kenyataan, impian Selangor untuk mengondal Piala Malaysia bukan sesuatu yang mustahil.
            Keselruhannya, kejayaan SKBB1 meraih tempat pertama telah memeri dorongan kepada pasukan-pasukan lain di SKBB1 untuk mencontohinya. Kini, pasukan bola jaring dan pasukan hoki sedang mara ntk merebut gelaran juara dalam acara masing-masing. Jika semangat kesungguhan ini dikekalkan, banyak lagi kejayaan yang bakal diraih oleh mereka.

Maksud peribahasa yang digunakan.

Seperti ikan dalam belat – keadaan yang terlalu sesak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan