Isnin, 23 Disember 2013

Syarat Wajib Shalat Jum’at

Syarat wajib shalat Jum’at adalah :
  1. Islam,
  2. Baligh,
  3. Berakal,
  4. Laki-laki,
  5. Sehat,
  6. Menetap (muqim). 
 Bagi seorang perempuan tidak wajib melakukan shalat Jum’at, tapi bila ia melakukannya, maka shalat Jum’at yang dilakukannya dapat menggugurkan atau mengganti shalat Dhuhur. 
Sedangkan bagi musafir boleh mengganti shalat Jum’at dengan shalat Dhuhur dengan syarat:
  1. Berangkat sebelum terbitnya fajar shodiq,
  2. Bepergian bukan untuk maksiat,
  3. Mencapai jarak diperbolehkannya mengqashar shalat,
Syarat sah melakukan shalat Jum’at adalah :
  1. Dilaksanakan pada waktu Dhuhur, dua raka’at shalat Jum’at beserta dua khutbahnya harus dilakukan pada waktu Dhuhur, jika ragu atau waktunya sempit, maka wajib mengerjakan shalat Dhuhur.
  2. Dilaksanakan di Darul Iqomah, Darul Iqomah adalah sekelompok bangunan yang menjadi tempat tinggal orang yang melakukan shalat Jum’at.
  3. Hanya ada satu kali pelaksanaan shalat Jum’at dalam satu dusun, bila di satu dusun terdapat lebih dari satu pelaksanaan, maka yang sah adalah yang lebih dulu melakukan takbiratlul ihram, dan apabila bersamaan, maka semuanya tidak sah.
  4. Dilaksanakan dengan berjama’ah, kewajiban berjama’ah disini hanyalah pada raka’at pertama saja.
  5. Didahului dua khutbah
  6. Dilaksanakan oleh empat puluh orang dengan kriteria:
  • Mukallaf,
  • Laki-laki,
  • Muqim mustawthin,
Bila salah satu dari syarat di atas tidak terpenuhi, maka wajib mengganti dengan shalat Dhuhur.

Sabtu, 21 Disember 2013

Perkara-perkara yang Membatalkan Wudhu'

Riwayat: 
 Bukhari

Kategori: 
 Toharah
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu." Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: "Apakah hadas itu?" Abu Hurairah menjawab: "Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus."
Huraian Hadith: 
Seseorang yang mahu mengerjakan solat wajib berwudhu'. Terdapat 5 perkara yang membatalkan wudhu' iaitu:
  • Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur (hadas kecil)
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu'.
  • Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas atau lapik.
  • Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
Selain itu terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat :
  • Meninggalkan salah satu rukun solat
  • Berhadas kecil atau besar
  • Makan atau minum
  • Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
  • Berkata-kata
  • Berpaling dada daripada arah kiblat
  • Ketawa dengan mengeluarkan suara
  • Terbuka aurat dengan sengaja
  • Berubah niat
  • Murtad

Sabtu, 14 Disember 2013

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
 .
.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
 .
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
 .
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
 .
.
.
.

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
 .
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
 .
.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
 .
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
  .
.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.

Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 .
  Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
.
  Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)
.
Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.
.
Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.
.
Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
.
.

Tujuan

1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
.
.
Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:
 .
1.   Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
.
.
2.   Berniat iktikaf.
.
.
3.   Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:
.
.
.

 Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid

Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.
.
1.  Niatnya :
.
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Raka’at pertama – Al-Kafirun.
      Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
.
.
3.  Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
a.  Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
.
 .
b.  Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
.
.
.

Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid

1.  Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2.  Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3.  Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
4.  Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
5.  Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.
.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
.
.

Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

.
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b.  Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
.
3  Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.
.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan,tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)
.
6.  Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.
.
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
.
8.  Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.
.
9.  Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan.
 .
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

ما خلف أحد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد السفر

“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu yang lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Majmu’, Dar Ihya’ At-Turots al-Arobiy)
 .
Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:

وعن أنس قال كان النبي صلى الله عليه وسلم لا ينزل منزلا إلا ودعه بركعتين

Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda meninggalkannya dengan dua rakaat.”
 .
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ

 وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” 
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani)
 .
Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (96 kilometer); Maka disunatkan baginya mendirikan solat sunat Musafir dua rakaat. Pada umumnya cara melakukan Solat Sunat Musafir adalah sama seperti solat-solat sunat biasa yang lain.

Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

.
  1. Lafaz niatnya:-
.
 2.  Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:
      Rakaat pertama:  Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
      Rakaat ke-dua:   Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
 ,
 3.  Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
      Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
 .
 4.  Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:

Maknanya:-

Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku melawan musuh, dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh. Ya Allah! Dikaulah yang sebenarnya menyertai daku dalam perjalanan ini dan pengganti (wakil) kepada keluarga dan harta yang ditinggalkan. Kerana itu sertakanlah dalam perjalananku ini, keselamatan dan kesehatan, dan tinggalkanlah pada keluarga dan hartaku kebaikan. Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!

 .
 5.  Doa memulakan perjalanan
Setelah berada di dalam kenderaan, sebelum berlepas, bacalah doa berikut;
 .

Atau;

.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Selasa, 3 Disember 2013

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

Oleh: Ismail Abu Bakar

 Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

"Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya."

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa "Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna". Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita,  jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba' seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas Maghrib.
  • Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
    Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).



Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wallah hu a'lam

Jumaat, 30 Ogos 2013

Jgn lupa rukun sembahyang



Hello adik adik ! Nak tau tak rukun sembahyang tu ape ? Rukun sembahyang tu maksudnya perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. Kalau tak buat semua perkara-perkara ni, tak sah sembahyang kita tau !

Rukun sembahyang ada 13 semuanya : 


  1. Berdiri betul - Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, tapi kalau tak larat nak duduk baring pun takpe. 
  2. Niat 
  3. Takbiratul Ihram - Ucapkan Allahuakhbar (Allah Maha Besar)
  4. Al Fatihah - Mulakan dengan bismillah, habiskan dengan Waladhaallinn...
  5. Rukuk + Thumakninah - 90 darjah ye bongkok, jangan bongkok malas malas. 
  6. Iktidal + Thumakninah - berdiri dengan betul selepas rukuk
  7. Sujud 2 X dengan Thumakninah - Membongkok dengan dari paras lantai.
  8. Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah - Duduk kejap lepas sujud yang pertama, yang baca robbirfirghli tuuu...
  9. Duduk Tahaiyat Akhir - Haaa, tahaiyat akhir ni kene buat ni ! 
  10. Membaca Tahaiyat Akhir - Jangan lupa baca bacaan tahaiyat akhir okay...
  11. Membaca Selawat - kita bacakan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bila nih? Waktu Tahaiyat laaa.
  12. Bagi Salam - Memalingkan muka ke arah kanan dan kiri sambil beri salam. Sejahteralah ke atas kamu.
  13. Tertib - ikut aturan dan turutan , perkara lain selain dalam rukun ini dinamakan sunat.

Bagaimana jika kita tertinggal satu perkara dalam solat : 
  • Kalau kita terlepas tahaiyat awal dalam solat kita, setahu aku tak salah. Sebab ia bukan dalam rukun solat. Rukun solat perlu ada Tahaiyat Akhir...
  • Kalau kita rasa kita lupa buat salah satu rukun sembahyang, kita perlulah buat sujud sahwi, sesesudah tahaiyat tapi sebelum kita bagi salam.

  • Maksud Dan Bacaan Sujud Sahwi : Sujud sahwi dilakukan pada penghujung rakaat yang terakhir, yaitu sesudah tahiyyat dan sebelum salam. Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca: Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x) "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"

Jom solat hajat tuk UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.


Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.