Ahad, 14 Julai 2013

Cara-cara Solat Tarawih

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim)
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,
maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir
supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih
Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai-kan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembah-yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagai-manapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana
beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.
Kaifat/Cara Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakaat:
i) Bacaan Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada
tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:
1) Dari malam 1 hingga 15 Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.
Peringatan
Lafaz niat yang digunakan dalam risalah ini untuk makmum sahaja. Oleh itu perkataan “Makmuman” itu tukarlah kepada “Imaman” jika menjadi imam atau buang langsung jika sembahyang seorang diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan