Isnin, 6 Mei 2013


Karangan jenis Wawancara/Dialog.
Pengenalan.

*Karangan ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu wawancara atau temu ramah dan dialog.

*Jenis pertama digunakan untuk urusan rasmi seperti pertanyaan untuk orang-orang ang berkedudukan atau orang-orang yang dihormati.

*Jenis kedua adalah untuk urusan yang tidak formal seperti bertanyakan khabar, mengucapkan takziah ataupun perbualan menerusi telefon.

*Sebelum memulakan penulisan, murid boleh menyertakan keterangan yang berkaitan dengn wawancara/dialog tersebut, tertapi tidak melibatkan markah, Cuma membantu megindahkan penulisan tersebut.

*Jika orang yang diajak berbual-ual lebih berumur, gunakan perkataan “Encik”, “Tuan”, “mak cik’, dan lain-lain yang lembut dan sopan.

*Karangan perlu mempunyai pendahuluan, empat idea, da penutup.

*Ucapan “Selamat sejahtera” atau yang sama denganya dianggap pendahuluan, manakala lafaz “Terima kasih” dianggap penutup.

*Murid tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “nak”.

*Wujudkan suasana perbualan yang sebenarnya.

Formad permakahan
*Menulis dalam bentuk karangan biasa akan di tolak 3 markah.

Contoh 1.
Kawan kamu selal endapat tempat pertama dalam peperiksaan.Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang rahsia kejayaannya.Tlis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Bertanyakan khabar.
-Elakkan berbual-bual.
-Sedang menyiapkan latihan.

Idea
1)Memberi tmpuan ketik di dalam kelas.
-Elakkan berbual-bual.
-Bertanakan guru jika tidak faham.

2)Di rumah, membaca nota yang diberi oleh guru.
-Maklumat kekal diingatan,
-Membuat nota kecil.

3)Ayah sentiasa membeli buku ulang kaji.
-Membuat latihanketika ada waktu terluang.
-Dilakukan pada hari minggu.

4)Menghadiri kelas tuisyen.
-Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam.
-Memantapkn ilmu pengetahuan.

Penutup
Mengucapkan penghargaan kerana sudi berbual.
-Berjaya kerna gigih belajar.
-Boleh Berjaya jika rajin belajar.
Mengarang karangan berpandu peta minda diatas.

Rahsia Menjadi Murid Cemerlang.
Nur Illya Maisara sering mendapat tempt pertama dalam peperiksaan. Pada suatu hari, saya berpeluang menemuinya untuk mengetahui tentang rahsia kecermelangannya dalam pelajaran.

Irfan    :Apa khabar, Illya? Sibuk nampaknya.
Illya     :Khabar baik. Oh, saya sedang menyiapkan latihan yang Cikgu Nooraini sruh!
Irfan    :Awak saya lihat, selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ingin tahu juga rahsia kejayaan awak.
Illya     :Di dalam Kelas. Ketika guru mengajar saya akan memberi sepenuh perhatian. Saya mengelak diri daripada berbual-bual dengan rakan. Jika saya tidak fahan, saya segera bertanya pada guru.
Irfan    :Apakah yang awak lakukan ketika di rumah?

Illya     :Di rumah saya akan membaca semula nota pelajaran yang diberi oleh guru. Tujuannya supaya maklumat yang diberikan oleh guru itu kekal dalam ingatan saya.Saya juga membuat nota kecil yang boleh saya bawa ke mana-mana sahaja.
Irfan    :Bagaimanakah dengan buku-buku ulang kaji?
Illya     :Buku ulang kaji sentiasa ayah saya beli. Saya akan membuat latihan apabila ada waktu terluang. Biasanya, pada hari minggu saya habiskan masa dengan membuat ulang kaji.
Irfan    :Awak menghadiri kelas tuisyen?
Illya     :Saya menghdiri kelas tuisyen seminggu da kali. Kelas diadakan dari jam 7.00 malam sehingga jam 9.00 malam. Saya mengikuti kelas tuisyen yang memantapkan pengetahuan saya.
Irfan    :Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian awak berual-bual dengan saya. Awak memang gigih belajar dan otak cair, sebab itulah selalu mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
Illya     :Terima kasih,setiap orang boleh Berjaya jika berusaha dan rajin belajar.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Otak cair  - orang yang cerdik.

Contoh 2.
Semperna sambutan Hari Pahlawan, kamu diminta mewawancara seorang tokoh pahlawan
yang mengetahui sebab-sebab sambutan itu diadakan dan cara-cara orang ramai menghargai
jasa pahlawan. Tulis wawancara tersebut selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Keterangan awal.
-Memberi ucapan salam.
-Menatakan hasrat mahu mewawancara.

Idea
1)Menghargai jasa perajurit.
-Tanpanya, Negara tidak aman.
-Menngenang, menghargai dan bersyukur.

2)Mengadakan kutipan derma.
-Wang untuk membantu ahli dan keluarga.
-Memberikan sumbangan tertentu.

3)memberi perkejaan kepada pesara tentera.
-Tenter bersara sekitar 40 tahun.
-Tanggungan mereka banyak.

4)Bersama mempertahankan keamanan.
-Ramai yang iri hati kita aman.
-Berwaspada terhadap dakyah.

Penutup
Menghargai kerana sudi diwawancara.
-Membalas penghargaan.
-Keterangan penutup.
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Wawancara Semperna Sambutan Hari Pahlawan.
Sekolah saya terpilih manjadi tuan rumah sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri. Saya
berpeluang mewawancara pengerusi majlis tersebut, iaitu Mejar (B) Zanafi. Berikot
adalah hasil wawancara tersebut.

Illya                             :Assalamualaikum, tuan. Nama saya Nur Illya Maisara. Saya bercadang untuk mewawancara tuan.
Mejar (B) Zanafi         :Waalaikumsalam. Silakan, saudari Illya.
Illya                             :Mengapa sambuta Hari Pahlawan diadakan pada setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi         :Sebab yang pertama adalah untuk menghargai jsa perajurit yang telah mempertahankan ibu pertiwi supaya masyarakat buka mata. Tanpa mereka kita tidak seaman sekarang. Sambutan ini memberikan peluang rakyat jelata mengenang, menghargai, dan bersyukur terhadap sumbangan yang diberikan oleh mereka.
26

Illya                             :Bagaimanakah dengan kutipan yang dijalankan setiap tahun?
Mejar (B) Zanafi         :Kutipan derma juga merupakan salah satu tujuan sambutan ini diadakan. Hasil kutipan tersebut sebenarnya disalurkan untuk kebajikan para ahli dan keluarga mereka. Biasanya, kami memberikan sumbangan berupa biasiswa, pakaian, makanan, dan bayaran tertentu dalam kalangan keluarga bekas tentera.
Illya                             :Bagaimana cara ang paling baik untuk menghargai jasa perajurit?
Mejar (B) Zanafi         :Selain sumbangan wang, badan tertentu hendaklah memberi pekerjaan yang sesuai kepada bekas tentera. Rata-rata tentera bersara sekitar awal 40-an.  Memikirkan tanggungan mereka yang banyak dan tenaga mereka yang masih kuat, wajarlah diberi pekerjaan yang setimpal.
Illya                             :Selain itu?
Mejar (B) Zanafi         :Kita sama-sama mempertahankan keamanan yang sudah peroleh. Walaupun komunis sudah tiada, tetapi ramai yang tidak senang melihat kita aman. Jadi, berwaspadalah terhadap sesuatu dakyah atau propaganda Negara luar.
Illya                             :Terima kasih atas kesudian tuan untuk diwawancara.
Mejar (B) Zanafi         :Sama-sama.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya pun keluar dari bilik Mejar (B) Zanafi bersama guru
pengiring untuk pulang ke sekolah.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Buka mata – sedar daripada kelalaian.

8 ulasan:

  1. wow terima kasih kerana buat contoh dan cara2 untuk buat karangan berdialog yang senang memahami ! thx

    2good4me

    BalasPadam
  2. terima kasih atas membantu saya utk membuat karangan.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. It's great.. I'm proud of you and I like your essay

    BalasPadam
  5. i like your essay and you lesson! it was very perfect! Thank you!!!
    =)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. terima kasih banyak 2 kerana menulis esey ini
    Ia nya memudah kan semua orang untuk memahami nya .saya doakan yang awak akan maju jaya

    BalasPadam