*Karangan jenis melengkapkan cerita
terbahagi kepada dua, iaitu menulis ceria berdasarkan petikan yang diberi dan
menulis cerita berdasarkan kesudahan petikan yang diberi.
*Cara persembahan karangan jenis ini
sama dengan karangan jenis cerita.
*Cerita yang ditulis merupakan
karangan berbentuk khayalan, iaitu berdasarkan pengalaman, pembacaan ataupun
pendengaran.
*Apa-apa sahaja sesuai dijadikan
cerita asalkan logic dan meyakinkan sama ada terdiri daripada kisah manusia,
haiwan, benda dan tumbuh-tumbuhan.
*Setiap cerita perlu memberi gambaran
yang tepat tentang apa-apa yang diceritakan agar pembaca(pemeriksa) percaya
apa-apa yang diungkapkan.
*Cerita perlu mempunyai nilai-nilai
murni yang boleh diteladani seperti tolong menolang, kesederhanaan, baik hati,
kasih saying dan kebersihan.
*Watak dalam cerita tidak semestinya
terdiri daripada manusia. Watak haiwan atau makhluk lain juga boleh diketengahkan.
*Murid boleh menggunakan pelbagai
sudut pandangan sama ada menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedue atau
ketiga.
*Penggunaan dialog yang tidak
keterlaluan boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan kelainan dari segi penyampaian.
*Cerita mestilah mempunyai permulaan,
puncak cerita dan peleraian cerita.
*Murid boleh menggunakan bahasa yang
berbunga-bunga, tertapi penggunaannya biarlah terkawal.
Contoh 1.
Tulis sebuah cerita yang bermula
dengan petikan yang berikot:
Hujan turun sejak kemarin.Air sudah
msuk kedalam rumah. Jika kami tidak segera meninggalkan rumah.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Menyertakan petikan.
-Perlu memikirkan sesuatu.
-Tindakan pantas boleh menyelamatkan
keluarga.
|
|
Idea
|
|
1)Mendapatkan ayah didalam bilik.
-Tubuh ayah kurus kering.
-Menerangkan kejadian yang berlaku.
2)Rumah dimasuki air.
-Tiada tanda hujan hendak teduh.
-Mencadangkan agar segera pindah.
|
3)Bersama dengan ibu memapah ayah.
-Orang ramai menjujung barang.
-Saya membantu ibu mengemas barang.
4)Barang yang dibungkus diletak di
anjung rumah.
-Bersyukur adik-adik berada di rumah
Pak Ngah.
-Ternampak sebuah motobot.
|
Penutup
|
|
Menjerit ntuk menarik perhatian.
-Motobot menuju kearah kami.
Bersyukur dapat pindah.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
Tajuk: Musim Tengkujuh Tiba lagi.
Jika kami tidak segera meninggalkan
rumah, bermakna kami sekeluarga akan ditenggelami air. Saya perlu memikirkan
sesuatu sebelum air yang melimpah menenggelamkan kami sekeluarga. Tindakan yang
cepat boleh menyelamatkan keluarga.
Saya
ke bilik untuk mendapatkan ayah yang terlantar di katil. Keadaan tubuh ayah
kurus kering. Terasa berat untuk saya
terangkan kejadian yang berlaku, tetapi perkara ini amat penting dan saya perlu
bertindak dengan segera.
“Ayah,
rumah kita telah dimasuki air. Tiada tanda-tanda hujan hendak teduh dan
bila-bila masa sahaja rumah kita akan ditenggelami air. Kita perlu berpindah
sebelum perkara buruk terjadi.” Saya berkata sambil merenung mata ayah yang
tidak berkelip.
6
Dalam
keadaan patah kandar, saya memapah ayah yang tidak bermaya untuk bergerak. Ayah
duduk di anjung rumah memerhatikan orang ramai yang sebuk berpindah. Saya
membantu ibu mengemaskan barang-barang yng penting.
Barang-barang
yang sudah dibungkus diletakkan di anjung rumah. Dalam keadaan genting ini,
saya merasa bersukur kerana adik-adik masih berada di rumah Pak Ngah, jika
tidak sudah tentu merumitkan kami untuk berpindah. Nun di kejauhan, saya
ternampak sebuah motobot.
Saya
menjerit agar pemandu motobot itu ternampak saya yang melambai-lambai ke
arahnya. Motobot itu kemudiannya menuju ke arah kami. Saya merasa ersyukur
kerana kami dapat dipindahkan ke tempat yang selamat sementara menanti banjir
surut.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Patah kandar – hilang tempat
bergantung
Contoh kedua.
Tulis sebuah cerita yang berakhir
dengan petikan berikut.
“Saya berjanji tidk akan buat lagi,”
rayunya.Akan tetapi, saya tidak memperdulikan kata-kata itu.Saya terus
membawanya ke bilik Guru Besar.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Terlihat Adi mahu ke Blok Aman.
-Adi murid yang nakal.
-Mengekori langkah Adi.
|
|
Idea
|
|
1)Adi masuk ke tandas.
-Saya juga masuk.
-Adi berkata dari dalam tandas.
2)Asyik dipersalahkan.
-Mahu menjadi murid yang baik.
-Jahat sekali terus jahat.
|
3)Adi menconteng dinding tandas.
-Memegang bahu Adi.
-Adi terkejut melihat saya.
4)Menegur tidak pernah insaf.
-Bukan kesalahan pertama.
-Bawa kebilik Gur Besar.
|
Penutup
|
|
Buat rayuan.
-Janji tidak buat lagi.
-Rayuan tidak diperdulikan.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
7
Tajuk: Bukan Kesalahan Pertama.
Ketika saya hendak kebilik guru, saya
telihat Adi menuju ke Blok Aman. Adi
terkenal sebagai murid yang nakal. Saya berasa tidak sedap hati, lalu mengekori
langkah Adi.
Adi
masuk ke tandas sambil bersiul-siul. Saya
juga masuk ke tandas.Ketika di dalam tandas, saya terdengar Adi mengatakan
sesuatu.
“Apa-apa sahaja yang saya buat, ada
sahaja yang tidak kena. Saya memang mahu
menjadi orang baik, tetapi guru anggap saya masih nakal. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
Apabila saya keluar dari tandas, saya
mendapati adi sedang menconteng dinding. Saya segera memegang bahunya.Adi
menepis dan agak terkejut apabila memandang wajah saya.
“Awak
memang tak pernah insaf”. Kejadian ini
bukan kesalahan pertama yang awak lakukan. Ikut saya berjumpa dengan Cikgu Anuar,”pinta
saya.
“Saya
berjanji tidak akan buat lagi,” rayunya. Akan tetapi, saya tidak memperdulikan
kata-kata itu. Saya terus membawanya ke bilik Guru Besar.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan – maksudnya jika ingin melakukan sesuatu pekerjaan
hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan