Penerangan.
*Karangan jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu perbahasan
yang membicarakan tajuk berunsur fakta dan perbahasan untuk pertandingan.
*Sewaktu membicarakan tajuk, murid perlu menekankan satu
aspek sahaja. Sebagai contoh, jika bersetuju terhadap tajuk, semua idea
menyatakan hal yang sama. Begitu juga sebalinya jika membangkang.
*Fakta memerlukan penghuraian untuk menunjukkan kematangan
berfikir.
*Bagi perbahasan untuk pertadingan, mulakan dengan kata
alu-aluan. Contohnya:
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, dan barisan pembangkang, guru-guru, dan
rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
*Wujudkan suasana pertandingan dengan menyebut “hadirin yang
dihormati”.
*Bagi pertandingan, kata alu-aluan dianggap pendahuluan.
Ucapan “terima kasih” dianggap penutup. Hal ini bermakna, murid memerlukan
empat idea(idea pertama memperkenalkan tajuk) dan perlu ditulis dalam empat
perenggan.
*Gunakan bahasa yang mudah, tepat, dan menyakinkan.
Format permakahan (Maksimum: Ditolak 3 markah – situasi
pertandingan)
*Menulis dalam bentuk karangan biasa (Ditolak 3
markah)
*Tanpa kata-kata menghadap majlis (Ditolak
1 markah)
*Tanpa kata-kata penutup (Ditolak
1 markah)
Contoh 1.
Kamu terpilih memasuki satu pertandingan perbahasan. Tajuk
yang ditetapkan ialah “kawan Yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan”.
Sama ada sebagai pencadang atau pembangkang, sediakan hujah-hujah kamu.
Rangka
karangan.
Pendahuluan
|
|
Kata alu-aluan.
-Penghargaan kepada tetamu.
-Menerangkan tajuk
|
|
Idea
|
|
1)Kawan ialah orang yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan kita.
-Rapat kerana mempunyai minat yang sama.
-Mempunyai ramai kawan yang akrap mendatangkan banyak
kebaikan.
2)Dapat membantu ketika dalam kesusahan.
-Tidak bawa wang boleh meminjam.
-Tidak akan kelaparan.
|
3)Dapat bertukar-tukar mata pelajaran.
-Dapat membentuk kumpulan belajar.
-Impian 5A dalm UPSR menjadi kenyataan.
4)Dapat mencurahkan perasaan.
-Perasaan tertekan akibat masalah peribadi.
-Dapat meluahkan masalah. Perasaan menjadi lega.
|
Penutup
|
|
Kawan rapat lebih banyak mendatangkan kebaikan.
-Serangkap pantun.
-Ucapan terima kasih.
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas.
Kawan
Yang Rapat Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, para hakim yang adil, barisam pembangkang, guru-guru, dan
rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang mulia
ini, izinkan saya menyampaikan perbahasan saya yang bertajuk “Kawan yang Rapat
Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan”.
Kawan
merupakan orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kita. Seseorang kawan
itu menjadi rapat dengan kita apabila mempunyai hobi, cita-cita, dan cara
berfikir yang sama dengan kita. Sesungguhnya,
mempunyai ramai kawan yang akrab lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada
kita.
Hadirin yang dimuliakan,
Hujah saya
yang pertama ialah kawan rapat dapat membantu kita apabila kita berada dalam
kesusahan. Sebagai contoh, jika kita tertinggal wang saku, kita boleh
meminjamkan wang daripada rakan kita yang rapat dengan kita. Kesannya, kita dapat mengelak daripada
berada dalam keadaan kelaparan, sekali gus mengelak daripada belajar dalam
keadaan yang tidak selesa.
Hujah saya
yang kedua ialah kawan yang rapat penting untuk kita bertukar-tukar nota
pelajaran. Malahan, kita dapat membentuk kumpulan belajar yang terdiri daripada
rakan-rakan yang rapat dengan kita. Oleh sebab minat dan impian yang sama untuk
berjaya dalam UPSR, akhirnya 5A dalam UPSR akan menjadi kenyataan.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya
yang ketiga ialah kawan yang rapat dapat menjadi tempat untuk kita mencurahkan
perasaan kerana menghadapi masalah dengan adik-beradik ataupun dalam pelajaran.
Apabila kita dapat luahkan apa-apa yang terbuku dalam hati kita, perasaan kita
yang sakit bagai dihiris dengan sembilu
akan hilang.
Berdasarkan hujah-hujah yang diberi,
jelaslah kepada kita bahawa kawan yang rapat lebih banyak mendatangkan kebaikan
kepada kita. Sebelum saya mengakhiri hujah saya ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi:
Selalulah
kita memperteguh persahabatan,
Keakraban
terjalin tidak tersasar,
Perlu
cerdik memilih kawan,
Pilihlah
kawan berjiwa besar.
Sekian, terima kasih.
Maksud
peribahasa yang digunakan.
Bagai dihiris dengan sembilu – rasa sakit yang pedih hati.
Contoh 2.
Kamu bersama-sama dengan rakan-rakan telah terpilih untuk
memasuki satu pertandingan perbahasan. Tajuk yang ditetapkan ialah “Membawa
Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di Kantin Sekolah”.
Sebagai pencadang pertama, sediakan hujah-hujah kamu.
Rangka
karangan.
Pendahuluan
|
|
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
-Penghargaan kepada para jemputan.
-Lafaz selamat sejahtera.
|
|
Idea
|
|
1)Memastikan makanan bersih.
-Sering berlaku keracunan makanan.
-Tidak berlaku jika membawa bekal.
2)Berhemat ketika berbelanja.
-Berhemat jika membawa bekal.
-Makanan di kantin mahal.
|
3)Dapat menjimatkan masa.
-Waktu rehat Cuma 20 minit.
-Tidak berebut membeli makanan.
4)Bertukar lauk dengan rakan.
-Mengeratkan siraturahim.
-Makan lebih berselera.
|
Penutup
|
|
Lebih baik membawa bekal ke seklah.
-Serangkap pantun.
-Lafaz terima kasih.
|
Membawa
Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding Membeli Makanan di Kantin Sekolah
Terima
kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim
yang adil, barisam pembangkang, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, izinkan saya menyampaikan
perbahasan yang bertajuk, “Membawa Bekal ke Sekolah Lebih Baik Berbanding
Membeli Makanan di Kantin Sekolah”..
Kita
digalakkan membawa bekal ke sekolah untuk memastikan kita memakan makanan yang
bersih. Media masa selalu memaparkan merid-murid menghadapi masalah keracunan
makanan. Masalah ini tidak akan berlaku jika kita membawa makanan dari rumah.
Kita
dididik berhemat berbelanja. Hal ini dapat dilakukan sekiranya kita membawa
makanan dari rumah. Jika kita berbelanja di kantin sekolah RM2.00, perut kita
belum kenyang lagi.
Membawa
bekal bermakna kita dapat menjimatkan masa. Hal ini demikian kerana masa rehat
Cuma diberi 20 minit. Jadi, waktu
kita gunakan untuk makan tanpa berebut-rebut membeli makanan.
Seterusnya, kita boleh bertukar lauk
dengan kawan yang sama membawa bekal. Sikap ini boleh mengeratkan siraturahim
dan mengetahui isi hati kawan kita.
Malah, kita makan dalam keadaan lebih menyelerakan.
Jelaslah kepada kita bahawa membawa
bekal ke sekolah lebih baik berbanding membeli makanan di kantin sekolah. Sebelum
saya akhiri perbahasan ini, saya sertakan serangkap pantun yang berbunyi:
Tegurlah
rakan dengan ramah,
Jumlah
rakan akan beribu,
Membawa
bekal dari rumah,
Menghargai
air tangan ibu.
Sekian, terima kasih.
Maksud
peribahasa yang digunakan.
Isi hati – perasaan seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan