Khamis, 11 April 2013

Karangan jenis melengkapkan cerita (UPSR)

Penerangan:

*Karangan jenis melengkapkan cerita terbahagi kepada dua, iaitu menulis ceria berdasarkan petikan yang diberi dan menulis cerita berdasarkan kesudahan petikan yang diberi.
*Cara persembahan karangan jenis ini sama dengan karangan jenis cerita.
*Cerita yang ditulis merupakan karangan berbentuk khayalan, iaitu berdasarkan pengalaman, pembacaan ataupun pendengaran.
*Apa-apa sahaja sesuai dijadikan cerita asalkan logic dan meyakinkan sama ada terdiri daripada kisah manusia, haiwan, benda dan tumbuh-tumbuhan.
*Setiap cerita perlu memberi gambaran yang tepat tentang apa-apa yang diceritakan agar pembaca(pemeriksa) percaya apa-apa yang diungkapkan.
*Cerita perlu mempunyai nilai-nilai murni yang boleh diteladani seperti tolong menolang, kesederhanaan, baik hati, kasih saying dan kebersihan.
*Watak dalam cerita tidak semestinya terdiri daripada manusia. Watak haiwan atau makhluk lain juga boleh diketengahkan.
*Murid boleh menggunakan pelbagai sudut pandangan sama ada menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedue atau ketiga.
*Penggunaan dialog yang tidak keterlaluan boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan kelainan dari segi penyampaian.
*Cerita mestilah mempunyai permulaan, puncak cerita dan peleraian cerita.
*Murid boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tertapi penggunaannya biarlah terkawal.


Contoh 1.
Tulis sebuah cerita yang bermula dengan petikan yang berikot:
Hujan turun sejak kemarin.Air sudah msuk kedalam rumah. Jika kami tidak segera meninggalkan rumah.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Menyertakan petikan.
-Perlu memikirkan sesuatu.
-Tindakan pantas boleh menyelamatkan keluarga.

Idea
1)Mendapatkan ayah didalam bilik.
-Tubuh ayah kurus kering.
-Menerangkan kejadian yang berlaku.

2)Rumah dimasuki air.
-Tiada tanda hujan hendak teduh.
-Mencadangkan agar segera pindah.

3)Bersama dengan ibu memapah ayah.
-Orang ramai menjujung barang.
-Saya membantu ibu mengemas barang.

4)Barang yang dibungkus diletak di anjung rumah.
-Bersyukur adik-adik berada di rumah Pak Ngah.
-Ternampak sebuah motobot.

Penutup
Menjerit ntuk menarik perhatian.
-Motobot menuju kearah kami.
Bersyukur dapat pindah.
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.

Tajuk: Musim Tengkujuh Tiba lagi.
Jika kami tidak segera meninggalkan rumah, bermakna kami sekeluarga akan ditenggelami air. Saya perlu memikirkan sesuatu sebelum air yang melimpah menenggelamkan kami sekeluarga. Tindakan yang cepat boleh menyelamatkan keluarga.
            Saya ke bilik untuk mendapatkan ayah yang terlantar di katil. Keadaan tubuh ayah kurus kering. Terasa  berat untuk saya terangkan kejadian yang berlaku, tetapi perkara ini amat penting dan saya perlu bertindak dengan segera.
            “Ayah, rumah kita telah dimasuki air. Tiada tanda-tanda hujan hendak teduh dan bila-bila masa sahaja rumah kita akan ditenggelami air. Kita perlu berpindah sebelum perkara buruk terjadi.” Saya berkata sambil merenung mata ayah yang tidak berkelip.
6
            Dalam keadaan patah kandar, saya memapah ayah yang tidak bermaya untuk bergerak. Ayah duduk di anjung rumah memerhatikan orang ramai yang sebuk berpindah. Saya membantu ibu mengemaskan barang-barang yng penting.
            Barang-barang yang sudah dibungkus diletakkan di anjung rumah. Dalam keadaan genting ini, saya merasa bersukur kerana adik-adik masih berada di rumah Pak Ngah, jika tidak sudah tentu merumitkan kami untuk berpindah. Nun di kejauhan, saya ternampak sebuah motobot.
            Saya menjerit agar pemandu motobot itu ternampak saya yang melambai-lambai ke arahnya. Motobot itu kemudiannya menuju ke arah kami. Saya merasa ersyukur kerana kami dapat dipindahkan ke tempat yang selamat sementara menanti banjir surut.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Patah kandar – hilang tempat bergantung

Contoh kedua.
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
“Saya berjanji tidk akan buat lagi,” rayunya.Akan tetapi, saya tidak memperdulikan kata-kata itu.Saya terus membawanya ke bilik Guru Besar.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Terlihat Adi mahu ke Blok Aman.
-Adi murid yang nakal.
-Mengekori langkah Adi.

Idea
1)Adi masuk ke tandas.
-Saya juga masuk.
-Adi berkata dari dalam tandas.

2)Asyik dipersalahkan.
-Mahu menjadi murid yang baik.
-Jahat sekali terus jahat.

3)Adi menconteng dinding tandas.
-Memegang bahu Adi.
-Adi terkejut melihat saya.

4)Menegur tidak pernah insaf.
-Bukan kesalahan pertama.
-Bawa kebilik Gur Besar.

Penutup
Buat rayuan.
-Janji tidak buat lagi.
-Rayuan tidak diperdulikan.
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
7
Tajuk: Bukan Kesalahan Pertama.
Ketika saya hendak kebilik guru, saya telihat Adi menuju ke Blok Aman.  Adi terkenal sebagai murid yang nakal. Saya berasa tidak sedap hati, lalu mengekori langkah Adi.
            Adi masuk ke tandas sambil bersiul-siul.  Saya juga masuk ke tandas.Ketika di dalam tandas, saya terdengar Adi mengatakan sesuatu.
“Apa-apa sahaja yang saya buat, ada sahaja yang tidak kena.  Saya memang mahu menjadi orang baik, tetapi guru anggap saya masih nakal. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
            Apabila saya keluar dari tandas, saya mendapati adi sedang menconteng dinding. Saya segera memegang bahunya.Adi menepis dan agak terkejut apabila memandang wajah saya.
            “Awak memang tak pernah insaf”.  Kejadian ini bukan kesalahan pertama yang awak lakukan.  Ikut saya berjumpa dengan Cikgu Anuar,”pinta saya.
            “Saya berjanji tidak akan buat lagi,” rayunya.  Akan tetapi, saya tidak memperdulikan kata-kata itu. Saya terus membawanya ke bilik Guru Besar.


Maksud peribahasa yang digunakan.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan – maksudnya jika ingin melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan