Penerangan.
*Autobiografi bermaksud riwayat hidup
yang ditulis sendiri, manakala biografi pula merupakan riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang
lain.Biografi kurang popular berbanding dengan autobiografi
*Bagi karangan autobiografi,murid
boleh menulis apa-apa sahaja sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi
cara penulisanya tergambar kepada pembaca (pemeriksa) seolah-olah hidup.
*Murid perlu menulis tempat sesuatu
barang itu dibuat, bahan-bahan yang diperlukan sewaktu membuat barang itu,keadaan
diri apabila siap untuk dipasarkan (bagi barang untuk jualan), dibeli,
digunakan hingga barang itu tidak digunakan lagi.Gambarkan perasaan bangga
kerana dapat berkhidmat kepada manusia.
*Cerita perlu logik dan menyakinkan.Dalam
penulisan,murid perlu menekankan nilai-nilai murni yang boleh diteladani ,
seperti hormat-menghormati bekerjasma, samangat patriotik, kasih sayang dan
kebersihan.
*Penggunaan dialog yang tidak
keterlaluan boleh diterima untuk menwujudkan kelainan dari segi penyampaian
*Murid boleh menggunakan bahasa yang
berbunga-bunga, tetapi penggunaanya biarlah terkawal.
*Karangan perlu mempunyai
pedahuluan,empat idea, dan penutup. Untuk memudahkan pemahaman, peta minda
dalam karangan jenis ini diberi enam bahagian, tetapi idea berdasrkan bahagian
kedua hingga kelima.
*Cerita tidak semestinya berakhir
dengan kematian atau tragedi, tetapi yang penting murid sudah menceritakan secara
lengkap sejak kelahiranya.
Contoh 1
Katakan kamu sebuah kereta.Tulis
riwayat hidup kamu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Sebuah kereta Myvi.
-Dilahirkan di Rawang.
-Dikagumi oleh penggemar kereta.
|
|
Idea
|
|
1)Enjin teknologi Toyota.
-Dicat sebanyak dua kali.
-Dipandu uji sebelum dipasarkan
2)Dibawa untuk di pasarkan.
-Diletakkan di kedai kereta.
-Sudah ditempah sejak tiga bulan yang
lalu.
|
3)Tuan membawa saya pulang.
-Bermula tugas bersama dengan tuan
baharu.
-Bersiar-siar ke tempat kerja dan ke
pasar.
4)Dibawa memecut selaju 100 kilomiter
sejam.
-Dipandu dalam kelajuan sederhana.
-Berpuas hati dijaga dengan cermat.
|
Penutup
|
|
Tuan membeli kereta besar untuk
keluarga.
-Saya kurang digunakan.
-Gembira dapat berbakti.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda diatas.
Saya Sebuah Kereta.
Saya sebuah kereta Myvi.Saya
dilahirkan disebuah kilang kereta di Rawang. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh
penggemar kereta.
Tubuh
saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teklologi Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat
berwarna biru muda.Sebelum saya dipasarkan saya dipandu uji oleh pemandu yang
terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati piawaian
yang ditetapkan.
Bersama-sama
dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu dengan menggunakan lori
panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta.Tanpa saya duga, rupa-rupanya
diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan
harga RM65 000.00.
Setelah
urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya membawa
isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan pergi ketempat kerja
dan kadangkala, saya saya dipandu oleh isteri tuan saya untuk ke pasar.
Untuk
menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut sehingga 100 kilomiter
sejam. Apabila tuan saya berpuas hati
memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya berpuas hati kerana dijaga
dengan cermat.
Apabila
tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu kecil, lalu tuan saya
membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi dignakan.
Saya
kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu,
namun saya gembira kerana masih dapat berbakti.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Bagai kaca jatuh ke batu – perasaan
hati yang sedih kerana kecewa.
Contoh 2.
Tulis biografi tentang seorang tokoh
yang kamu ketahui.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.
-Anak sulung Tun Abdul Razak.
-Ayahnya Perdana Menteri kedua.
|
|
Idea
|
|
1)Menerima pendidikan awal di Kuala
Lumpur.
-Sambung bekajar di England.
-Memperolehi ijazah dalam bidang ekonomi.
2)Terlibat dalam politik apabila
ayahnya meninggal dunia.
-Menang Kerusi Parlimen Pekan.
-Ahli Parlimen paling muda.
|
3)Pernah memegang perbagai jawatan.
-Sebagai Timbalan Menteri dan Menteri.
-Dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri.
4)Memperolehi enam cahaya mata.
-Hasil perkahwinan pertama mempunyai
tiga anak.
-Perkahwinan kedua juga mempunya tiga
orang anak.
|
Penutup
|
|
Dilantik sebagai Perdana Menteri pada
1 April 2009.
-Menggantikan tempat Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi.
-Perdana Menteri yang banyak
pengalaman.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
Datuk seri Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau
merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah mohamad Noah.Ayahnya
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Datuk
Seri Mohd Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institut St. John,
Kuala Lumpur. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Negara atas angina,
iaitu di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada
Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
Beliau
mula menceburi dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul
Razak Hussein di London pada 14 January 1976. Beliau menang tanpa bertanding
merebut kerusi Parlimen Pekan.Ketika itu, beliau berusia 23 tahun dan merupakan
ahli Parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
beliau
pernah memegang perbagai jawatan dalam Kerajaan. Antaranya, Timbalan menteri
Tenaga, Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Kewangan,
menteri Besar Pahang, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran
dan Menteri Pertahanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Beliau
mempunyai enam cahaya mata.Hasil perkahwinannya dengan Tengku Puteri Zainah
Eskandar, beliau mempunyai tiga orang anak.Manakala, perkhwinan keduanya dengan
Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memperoleh tiga orang anak.
Datuk
Seri mohd Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.Beliau
menggantikan tempat Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau seorang pemimpin
yang mempuyai banyak pengalaman sebelum menduduki jawatan sebagai Perdana
Menteri.
Maksud peribaha yang digunakan.
Atas
angin – Negara di sebelah Barat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan