Ahad, 14 Julai 2013

19 Kelebihan, Keistimewaan Wanita, Perempuan Dan Puteri


19-kelebihan-wanita
19 KEISTIMEWAAN WANITA
 1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
19-kelebihan-wanita-dan-perempuan
 6 JENIS WANITA MALANG
  “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
 Dicatat oleh Imam Al-Ghazali.
wallahu a’lam..

13 perkara untuk wanita


HIJAB bamboo_girl_by_Muslim_Women

1. Bulu kening
Menurut Imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
 2. Kaki (tumit kaki)
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
 4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Cara-cara Solat Tarawih

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIH

Maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim)
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain”
dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,
maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir
supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.
Waktu Sembahyang Sunat Tarawih
Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai-kan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembah-yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagai-manapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana
beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)
Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga.
Kaifat/Cara Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakaat:
i) Bacaan Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada
tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:
1) Dari malam 1 hingga 15 Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.
Peringatan
Lafaz niat yang digunakan dalam risalah ini untuk makmum sahaja. Oleh itu perkataan “Makmuman” itu tukarlah kepada “Imaman” jika menjadi imam atau buang langsung jika sembahyang seorang diri.

Rabu, 10 Julai 2013

Karangan jenis Surat Kiriman Rasmi(UPSR)

Penerangan.
*Surat kiriman rasmi digunakan untuk menulis kepada pihak tertentu dengan tujuan rasmi.

*Biasanya surat kiriman rasmi ditulis untuk menyatakan ketidakhadiran, memesan majalah, penghargaan, cadangan dan jemputan.

*Alamat pengirim ditulis pada sudut sebelah kiri bahagian atas surat, kemudian di garis panjang.

*Kemudian, diikuti dengan alamat penerima. Alamat penerima perlu di garis.

*Tarikh ditulis di sudut sebelah kanan (di sudut yang sama dengan alamat akhir penerima). Tarikh perlu ditulis dengan keseluruhan huruf besar dan bernoktah. Cara menulis tarikh iaitu 10 JULAI 2013. Cara yang salah ialah 10/07/2013, 10-07-2013 ataupun 10HB. JULAI 2013.

*Selepas dilangkau sebaris, tulis tujuan surat (hanya huruf besar di pangkal perkataan). Kemudian garis. Jangan letakkan noktah selepas perkara.

*Akhiri surat dengan lafaz terima kasih.

*Tandatangan pengirim di sudut kiri surat. Di bawah tandatangan, tulis nama dengan huruf besar keseluruhan huruf (dalam kurungan). Jika bersesuaian, letakkan jawatan.

*Alamat dianggap sebagai pendahuluan. Lafaz terima kasih, “Yang benar”, tandangan, dan nama dianggap sebagai penutup.

*Surat kiriman rasmi memerlukan empat idea, tetapi tidak semestinya sempat perenggan (yang penting mengandungi empat perkara).

*Gunakan ayat yang mudah, ringkas, dan tepat. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang berbunga.

Format Permakahan                                              (maksimum: Ditolak 3 markah.)
*Tanpa alamat pengirim                                            (tolak ½ markah).
*Tanpa alamat penerima                                           (tolak ½ markah).


*Tanpa tarikh                                                          (tolak ½ markah).
*Tanpa tajuk/pangkat/penegas surat                        (tolak ½ markah).
*Tanpa penutup                                                       (tolak ½ markah).
*Tanpa tandatangan/nama/jawatan/salah letak          (tolak ½ markah).

*Perenggan surat tidak bernombor                           (tolak ½ markah).

Contoh 1
Persatuan yang kamu anggotai bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar ke sebuah syarikat penerbitan. Sebagai setiausaha persatuan, kamu telah diminta menulis surat kepada Pengurus Penerbitan tersebut untuk mendapat kebenaran melawat ke syarikat tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Rangka karangan
Pendahuluan
-Alamat lengkap pengirim.
-Nama dan alamat lengkap penerima.
-Tarikh dan perkara.

Idea
1)Maklumat daripada Persatuan Bahasa Malaysia.
-Mengadakan lawatan sambil belajar.
-Ke Majalah Cahaya Mataku.

2)Menerangkan tujuan.
-Mengetahui proses penerbitan.
-Dimanfaatkan di dalam kelas.

3)Memberi butir-butir lengkap.
-Tarikh dan waktu.
-Jumlah peserta.

4)Bersedia menukar tarikh lain.
-Harap pemohonan dipertimbangkan.
-Kerjasama didahului ucapan terima kasih.

Penutup
Menyatakan harapan.
-Tandatangan/nama lengkap.
-Jawatan,jika perlu.

Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.

Kebenaran Melawat ke Sebuah Syarikat Penerbitan.

Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung,
49300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Pengurus Penerbitan,
Wira Buku,
Taman Seri Gombak,
69100 Bati Caves,
Selangor Darul Ehsan.                                                               6 MEI 2013

Tuan,

Kebenaran Lawatan Sambil Belajar kSyarikat Wira Buku.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 telah merangka satu rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat penerbitan tuan yang menerbitkan majalah Cahaya Mataku.

2.         Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menggelakkan ahli seperti katak bawah tempurung. Segala pengetahuan tersebut diharap dapat dimafaatkan di sekolah.

3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan butir-butir lengkap untuk makluman pihak tuan.
            Tarikh              :Sabtu, 25 Mei 2013
            Waktu              :9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
            Peserta            :40 orang murid dan empat orang guru pengiring

4.         Walau bagaimanapun, jika tarikh lawatan tersebut tidak bersesuaian, kami tidak menghadapi masalah sekiranya tuan memindanya kepada tarikh yang lain. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

___________________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti katak di bawah tempurung – orang yang kurang pengetahuan dan sempit pemikiran.

Contoh 2.
Rangka karangan.
Pendahuluan
-Alamat lengkap pengirim dan penerima
-Tarikh dan perkara

Idea
1)Memperkenalkan diri.
-Meminta kebenaran untuk mengadakan perkemahan.
-Melibatkan 80 orang ahli persatuan.

2)Tarikh aktiviti tersebut.
-Di Hutan Pinang Sebatang.
-Setiap ahli dikenakan bayaran RM30.00

3)Dapat memberikan pengalaman baharu.
-Memanfaatkan pegetahuan yang dipelajari.
-Melahirkan sikap berdikari.

4)Harap dapat member Kebenaran.
-Kerjasama dan perhatian dihargai.
-Lafaz terima kasih.

Penutup
-Tandatangan.
-Nama dan jawatan.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Tajuk: Meminta Kebenaran Mengadakan Perkemahan.
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
________________________________________________________

Tuan Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.                                                        4 MAC 2013

Tuan,
Meminta kebenaran Mengadakan Perkemahan

Merujuk perkara di atas, saya Nur Illya Maisara binti Mohd Zanafi selaku Setiausaha Persatuan Puteri Islam diminta oleh guru penasihat untuk menulis surat kepada tuan. Tujuan surat ini adalah untuk meminta kebenaran mengadakan perkemahan. Perkemahan tersebut melibatkan 80 ahli persatuan.

2.         Untuk pengetahuan pihak tuan, perkemahan itu akan diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2013. Aktiviti akan diadakan di Hutan Pinang Sebatang. Setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

3.         Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah kerana untuk memberikan pengalaman baharu kepada ahli sebagai batu loncatan untuk Berjaya. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah dapat dimafaatkan ketika mengikuti perkemahan itu. Malah, aktiviti yang dijalankan dapat membantu sikap berdikari dalam kalangan ahli.

4.         Saya berharap agar pihak tuan tidak menghalang untuk mengizinkan ahli Puteri Islam menganjurkan aktiviti tersebut. Kerjasama dan perhatian tuan amatlah disanjung tinggi. Saya akhiri surat saya ini dengan lafaz berbanyak-banyak terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

___________________________
(NUR ILLYA MAISARA BINTI MOHD ZANAFI)

Setiausaha,
Persatuan Puteri Islam,
Sekolah kebangsaan Bukit Beruntung 1.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Batu loncatan – asas untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Karangan jenis surat kirima tidak rasmi.(UPSR)

Pengenalan.
*Surat krirman jenis ini biasanya dihantar kepada ahli keluarga ataupun sahabat dan isinya membicarakan hal-hal yang tidak formal.
*Alamat ditulis dibahagian atas sebelah kanan.
*Tarikh ditulis dibawah alamat. Kemudian dibubuh tanda noktah. Tarikh boleh ditulis dengan huruf kecil atau besar. Cara menulis tarikh yang betul, iaitu 25 Februari 2013. Cara yang salah ialah 25/5/2013, 25-5-2013 dan 25hb. Februari 2013.
*Untuk memulakan penulisan, langkau sebaris.
*Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menyatakan kesihatan diri dan keluarga.
*Jika membalas surat, sebelum menyatakan tujuan menulis, terlebih dahulu perlu menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam surat yang diterima.
*Gunakan panggilan mengikut usia seperti nenda, ayahanda, ibunda/bonda, kakanda/kanda, adinda, anakanda, cucunda, saudara/saudari untuk kawan. Elakkan menggunakan ganti nama aku, awak ataupun kamu.
*Bahasa yang digunakan mesti difahami oleh penerima.
*Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih, dan menyatakan keinginan untuk berutus surat lagi.
*Tandatangan diletak di bahagian bawah sebelah kanan surat, iaitu selepas menulis pengakuan pengirim – Yang benar, Sahabatmu, dan lain-lain.
*Jika dibahagian atas sudah diletakkan nama, tidak perlu lagi menulis nama di bawah tandatangan. Nama boleh ditulis dengan huruf kecil atau besar.
*Alamat sudah dianggap sebagai pendahuluan. Ungkapan “Sahabatmu” (sebagai contoh), tandatangan dan nama pengirim dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea lagi dan ditulis dalam empat perenggan.. namun, jika murid ingin menulis pendahuluan dan penutup, yang menjadikan seseluruhan enam perenggan, ini tidak akan menambah atau mengurangkan markah, Cuma boleh mencantikkan lagi bentuk penulisan.

Format permakahan.
*Tanpa alamat pengirim                                                                                (ditolak ½ markah)
*Tanpa menghadap surat                                                                               (ditolak ½ markah)
*Tanpa tarikh                                                                                                  (ditolak ½ markah)
*Tanpa penegas surat                                                                                    (ditolak ½ markah)
*Tanpa penutup (Sekian, terima kasih)                                                          (ditolak ½ markah)

*Tanpa tandatangan/salah letak                                                                    (ditolak ½ markah)

Contoh 1.
Kamu baru sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima, kawan kamu itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Balas surat kawan kamu itu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menemui sahabat di Melaka.
-Diri dalam keadaan sihat,
-Diharapkan kawan lebih sihat lagi.

Idea
1)Menghargai surat yang lalu.
-Hari guru begitu meriah.
-Perbagai acara diadakan.

2)Acara bermula pada jam 8.00 pagi.
-Dimulai dengan majlis ucapan.
-Guru-guru menyanyi.

3)Acara sukaneka di padang.
-Guru dan murid mengambil bahagian.
-Contoh acara tersebut.

4)Persembahan kebudayaan di dewan.
-Guru menunjukkan bakat.
-Bagitu bangga.

Penutup
Serba sedikit sambutan Hari Guru.
-Ada kesempatan menulis lagi.
-Ucapan terima kasih.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas

Membalas surat kawan.
                                                                                          39, Jalan Jenjarum 1,
                                                                                          Seksyen BS 2,
                                                                                          48300 Rawang,
                                                                                          Selangor Darul Eksan.
                                                                              30 Mei 2013.


Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.

Natasha yang diingati,
            Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang.
            Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.
Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru.

Natasha yang dirindui,
            Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah.
            Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan persembahan guru-guru.
            Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

                                                                                              Sahabat mu,

                                                                                                                       

                                                                                            (Nur Illya Maisara)



Maksud peribahasa yang digunakan.
Besar hati – bangga.

Contoh 2.
Katakana kamu sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke university. Kamu ingin menulis surat kepada guru kamu untuk mengucapkan terima kasih terhadap bimbingan dan pengorbanan yang diberikan sehingga kamu berjaya ke tahap sekarang. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Menemui cikgu Saadah di Johor.
-Berharap dalam keadaan sihat.
-Saya juga sihat.

Idea
1)Mungkin cikgu terkejut.
-Murid Sembilan tahun lalu.
-mengajar Bahasa Malaysia.

2)Yakin cikgu masih ingat.
-Mendapat 5A dalm peperiksaan UPSR.
-Berjaya memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

3)Tidak melupakan guru.
-Awal menolak kerana miskin.
-Usaha cikgu mengumpulkan RM1 324.

4)Harapan dan usaha sebagai pendorong.
-Berjaya ke UKM dalam bidang perubatan.
-Kejayaan bergantung pada usaha.

Penutup
Sampai di sini sahaja.
-Ada peluang akan menulis lagi.
-Akhiri dengan ucapan terima kasih.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Surat Kepada Guru.

                                                                                            39, Jalan Jenjarum 1,
                                                                                            Seksyen BS 2,
                                                                                            48300 Rawang,
                                                                                            Selangor Darul Eksan.
                                                                                30 Mei 2013.

Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada dalam keadaan sihat.

Cikgu yang diingati,
            Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia.
            Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Cikgu yang dirindui.
            Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1 324.
            Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan sala bulat hati untuk berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau kayanya seseorang.
            Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

                                                                                                   Bekas muridmu,


                                                                                                                       
                                                                                                   (Nur Illya Maisara)

Maksud peribahasa yang digunakan.
Bulat hati – azam yang sungguh-sungguh