*Cerita atau cereka adalah karangan
yang berbentuk khayalan yang berdasarkan pengalaman,
pembacaan
ataupun pendengaran.
*Semua
perkara boleh menjadi bahan cerita asalkan logic dan meyakinkan.
*Setiap
cerita perlu mempunyi nilai-nilai murni yang boleh diteladani seperti hormt-menghormati,
bekerjasama, semangat petriotik, kasih saying dan keberihaan.
*Watak dalam
cerita tidak semestinya terdiri daripada manusia. Watak haiwan atau makhluk lain
juga boleh digunakan.
*Murid boleh
mnggunakan pelbagai sudut pandangansama ada menggunakan kata ganti nama diri
pertama, kedua atau ketiga
*Penggunaan
dialog yang tidak keterlaluan boleh dimanfaatkan untuk mewujudkan kelainan dari
segi penyampaian.
*Cerita mestilah
mempunyai permulaan, puncak cerita dan peleraian cerita.
*Murid boleh
menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tertapi penggunaannya biarlah terkawal.
Contoh 1
Pada suatu
pagi, kamu tiba di sekolah paling awal berbanding dengan rakan-rakan yang lain.
Sementara menanti ketibaan rakan yang lain, telah berlaku satu peristiwa yang
tidak mungkin kamu lupakan.Tulis satu cerita dari peristiwa tersebut.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
*Ayah menghantar awal ke sekolah.
-Jam menunjukkan 6.40 pagi.
-Persekitaran begitu gelap.
|
|
Idea
|
|
1)Duduk di kantin seorang diri.
-Suasana begitu sepi.
-Terdengar barang jatuh.
2)Bergerak menuju ke makmal computer.
-Terlihat baying-bayang manusia
-Bukan baying-bayang tetapi manusia.
|
3)Menjerit apabila terlaanggar pasu.
-Tiga pencuri menuju kea rah saya.
-Saya berlari ke arah pagar.
4)Sambil berlari saya menjerit.
-Pengawal keselamatan mendengar
jeritan saya.
-Menunjuk kearah pencuri yang menuju
ke arah saya.
|
Penutup
|
|
Pencuri melarikan diri.
-Mereka memanjat pintu pagar.
-Mengucapkan rasa syukur.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
Tajuk: Peristiwa Pada Suatau Pagi.
Oleh sebab ayah mahu cepat ke
pejabatnya, ayah telah menghantar saya awal ke sekolah. Ketika saya tiba, jam baru menunjukkan pukul
6.40 pagi. Persekitaran sekolah begitu gelap.
Saya
duduk seorang diri di kantin yang diterangi cahaya lampu elektrik. Suasana
begitu sepi.Dala kesepian itu, tiba-tiba saya terdengar suatu barang jatuh di
makmal computer.
Seperti
ada kuasa yang mendorong saya bangun dan bergerak ke arah makmal computer yang
terletak 100 meter dari tempat saya duduk. Saya melihat seakan-akan baying
manusia bergerak-gerak. Tidak salah lagi, itu bukan bayang-bayang tetapi
manusia!
Saya
terlanggar pasu bunga menyebabkan saya menjerit kesakitan. Jeritan itu
menyebabkan tiga lembaga yang sedang mengangkat computer menuju ke arah saya.Saya
berlari pantas ke pintu pagar seperti
lipas kudung.
Sambil
berlari saya menjerit meminta tolong. Jeritan saya didengari oleh pengawal
keselamatan di pondok pengawal. Saya menunjukkan kea rah tiga lelaki yang mengejar
saya.
Melihat
saya ditemani oleh pengawal keselamatan, pencuri-pencuri itu segera melarikan
diri. Mereka memanjat pintu pagar. Saya bersukur kerana merek tidak sempat
mengapa-apakan diri saya.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti lipas kudung – bermaksud
bergerak dengan cepat/berlari pantas atau pantas membuat kerja.
Contoh 2
Ketika kamu dan rakan-rakan
bersiap-siap untuk melkukan aktiviti kokurikulum, tiba-tiba kamu ternampak asap
keluar dari sebuah bilik bangunan sekolah.
Terangkan usaha kamu untuk memastikan
kemusnahan harta benda dapat dielakkan.
Rangka karangan
Pendahuluan
|
|
Aktiviti pada hari Rabu.
-Memasuki pasukan Pengakap.
-Ke kentin untuk minum.
|
|
Idea
|
|
1)Menuju ke kentin melalui Blok
Bestari
-Ternampak asap hitam dari atas Block Bestari.
-Blok udah dijilat api.
2)Perlu bertindak cepat.
-Yakin terdapat kebakaran di tingkat
atas.
-Berlari menuju ke pejabat sekolah.
|
3)Cikgu Azmi keluar dari kereta.
-Menerangkan kejadian yang berlaku.
-Memberitahu Guru Besar.
4)Guru Besar melihat kebakaran.
-Menghubungi pasukan bomba.
-Murid berhimpun di kawasan lapang.
|
Penutup
|
|
Bomba tiba 20 minit kemudian.
-Kerja memadamkan kebakaran dimulakan.
-Bersyukur kerana barang penting tidak
terbakar.
|
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
Tajuk: Sebelum Api Merah Menyala.
Akiviti pasukan beruniform dijalankan
pada setiap hari Rabu, jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Saya memasuki unit
beruniform Pasukan Pengakap. Sambil menanti aktiviti bermula, saya dan
rakan-rakan menuju ke kentin untuk alas
perut.
Dalam pejalanan ke kentin, kami
melali Blok Bestari. Tiba-tiba saya ternampak kepulan asap hitam di atas Blok
Bestari. Saya yakin blok yang menempatkan pusat sumber sudah dijilat api dan
jika lambat bertindak, satu blok mungkin akan terbakar.
“Nampaknya
blok ini dijilat api! Kita perlu
bertindak cepat!” saya menuding ke atas. Raju dan Kim Boon melihat keatas,
kemudian mengiakan kata-kata saya bahawa terdapat kebakaran di tingkat
atas.Tanpa berlengah lagi, saya berlari menuju ke pejabat sekolah.
Sebelum
sampai ke tempat yang dituju, saya terserempak dengan Cikgu Azmi yang bru
keluar dari kereta Wajanya. Saya menerangkan kejadian yang saya lihat, kemudian
saya bergegas ke pejabat. Saya ternampak Guru Besar ada di pejabatnya, lalu saa
menerangkan secara cepat dan tepat kejadian yang berlaku.
Guru
Besar terus keluar dari pejabatnya. Dari pejabat, kami nampak kepulan asap
hitam dari hujung Blok Bestari. Guru Besar segera menelefon Pasukan Bomba dan
Penyelamat sebelum mengarahkan murid-murid berhimpun di kawasan lapang di depan
pejabat.
Kira-kira
20 minit kemudin, Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba.Kerja-kerja memadamkan
kebakaran dimulakan. Saya berasa bersyukur kerana harta benda sekolah seperti
buku dapat diselamatkan daripada musnah dijilat api.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Alas perut - Bermaksud makan sedikit untuk menahan
lapar.