Penerangan.
*Karangan jenis ini membincangkan
persoalan atau idea secara serentak.
*Biasanya, isu yang dibincangkan
bersifat semasa.
*Tajuk perbincangan boleh ditafsirkan
dari satu csudut atau dua sudut. Murid boleh membincangkan yang terbaik sahaja
atau kedua-duanya sekali.
*karangan ini tidak berbeza daripada
karangan perbahasanm, Cuma karangan perbahasan mesti membicarakan tajuk dari
satu sudut sahaja.
*Karangan perlu mengandungi
pendahuluan, empai edia dan penutup.
*Maksud atau definasi tajuk dianggap
pendahuluan.
*Penutup merupakan penegasan idea.
Contoh 1.
Kokurikulum dapat melahirkan murid cemerlang. Bincangkan.
Rangka
karangan.
Pendahuluan
|
|
Kegiatan di luar bilik darjah.
-Aktiviti berpersatuan, pakaian seragam dan olahraga.
-Murid cemerlang dari perbagai segi.
|
|
Idea
|
|
1)Cemerlang dalam pelajaran.
-Lawatan ke tempat menarik.
-Dapat digunakan dalam pelajaran di kelas.
2)Cemerlang dalam pergaulan.
-Dapat mengenali kaum-kaum lain.
-Perpaduan kaum rakyat Malaysia semakin akrab.
|
3)Cemerlang dalam menguruskan diri.
-Aktiviti perkemahan mewujudkan perasaan berdikari.
-Tidak bergantung pada ibu bapa lagi/
4)Cemerlang dalam akhlak.
-Aktiviti membentuk kita menjadi orang mulia.
-Disayangi oleh guru dan keluarga.
|
Penutup
|
|
Aktiviti yang dapat membentuk sifat cemerlang dalam diri
kita.
-Jangan lepaskan peluang.
-perlu mendidik diri kita menjadi orang yang cemerlang.
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas.
Kokurikulum
Dapat Melahirkan Murid Cemerlang.
Kokurikulum merupakan kegiatan di luar bilik darjah. Semua
murid diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti perpersatuan, pakaian
seragam, dan olahraga. Aktiviti ini dapat melahirkan murid yang cemerlang dari
pelbagai segi.
Menerusi
kagiatan kokurikulum, kita dapat cemerlang dalam pelajaran. Sebagai contoh,
persatuan akan mengadakan lawatan ke tempat menarik seperti Zoo Negara. Kesannya, pengetahuan lawatan itu dapat
kita mafaatkan dalam mata pelajaran sains.
Kokurikulum
menyebabkan kita cemerlang dalam pergaulan. Sebagai contoh, kita dapat
mengenali ramai kawan daripada perbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India. Kesannya perpaduan kaum rakyat Malaysia
bagai hempedu lekat di hati.
Selain itu, kokurikulum menjadikan kita
cemerlang dalam menguruskan diri, sebagai contoh, aktiviti perkemahan pakaian
seragam menyebabkan kita mempunyai sifat berdikari. Kesannya. Apabila dewasa
kelak kita tidak lagi bergantung kepada ibu bapa sahaja.
Kokurikulum
juga menyebabkan kita cemerlang dari segi akhlak. Sebagai contoh, aktiviti yang
dijalankan menyebabkan kita dibentuk manjadi orang yang bersifat mulia. Kesannya, diri kita akan disayangi oleh
guru daripada keluarga.
Sebagai kesimpulannya, kokurikulum
merupakan aktiviti yang dapat membentuk sifat cemerlang dalam diri kita. Oleh hal yang demikian, jangan
melepaskan peluang untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Sesungguhnya, kita perlu mendidik diri
kita untuk menjadi seorang yang cemerlang.
Maksud
peribahasa yang digunakan.
Bagai hempedu lekat di hati – perhubungan yang sangat akrab.
Contoh 2.
Kejayaan murid banyak bergantung pada sikap. Bincangkan.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Kejayaan banyak bergantung pada sikap.
-Baiknya bergantung pada kecerdasan.
-Perlu
sikap posotif untuk mencapai kejayaan
|
|
Idea
|
|
1)Menguruskan masa yang baik.
-Ada masa belajar dan bermain.
-Murid aktif perlu ada jadual.
2)Murid cemerlang peribadi terpuji.
-Bersikap berbudi bahasa.
-Sering membantu rakan.
|
3)Murid cemerlang mudah menerima nasihat.
-Peraturan akan dipatuhi.
-Didikan mendisiplinkan kita.
4)Tidak mudah putus asa.
-Menyedari kelemahan diri.
-Yakin kejayaan bergantung pada kerajinan.
|
Penutup
|
|
Berfikiran positif untuk berjaya.
-Pencapaian lalu sebagai pendorong.
-Yakin diri untuk berjaya.
|
Mengarang
karangan berpandukan peta minda di atas.
Kejayaan
Seseorang Murid Banyak Bergantung pada Sikap.
Sembilan puluh peratus kejayaan seorang itu banyak
bergantung pada sikap. Manakala, bakinya bergantung pada kederdasan dan
persekitaran. Perangkaan ini memperlihatkan betapa perlunya kita bersikap
positif untuk mencapai kejayaan.
Kita perlu
mengeruskan masa dengan baik. Kita perlu membahagikan masa untuk belajar dan
bermain. Penjadualan masa mat penting bagi seseorang yang aktif dalam
kokurikulum agar tidak mengabaikan pelajaran.
Murid yang
cemerlang biasanya mempunyai keperibadian yang terpuji. Mereka akan menunjukkan
sikap berbudi bahasa dan hormat-menghormati. Dalam kalangan rakan, mereka
sering membantu rakan yang lemah dalam pelajaran.
Murid
cemerlang juga mudah menerima nasihat. Peraturan sekolah tidak sesekali
dilanggar, sebaliknya akan diikuti. Didikan membiasakan mereka mendisiplinkan
diri.
Golongan
ini juga tidak mudah putus asa. Mereka sedar, jika memiliki otak udang, memerlukan keyakinan yang
kuat dalam diri. Mereka sedar bahawa kerajinan dan usaha menentukan kejayaan.
Lantaran itu mereka terus belajar tanpa jemu.
Berdasarkan semua keterangan tersebut,
kita wajar bersikap positif jika ingin berjaya. Pencapaian kita yang lalu juga
sebagai pendorong kepada pencapaian hari-hari mendatang. Tanamkan dalam diri
bahawa kita boleh berjaya.
Maksud peribahasa
yang digunakan.
Otak udang – orang yang bodoh.
Cara seseorang murid bangkitkan nama sekolah
BalasPadamkarangan yamg bagus
BalasPadambagus
BalasPadammemang lah bagus
PadamTeramatlah bagus ~~🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓🤓💎
BalasPadambagus sangat:)
BalasPadam