Khamis, 11 April 2013

Karangan jenis Fakta. (UPSR)


Penerangan.
*Karangan jenis fakta meminta murid memberikan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap tajuk yang diberikan.

*Sebelum menulis, murid perlu benar-benar memahami tajuk yang di berikan.

*Setiap perenggan menampilkanidea yang berlainan dan sebaik-baiknya, idea yang penting didahulukan.

*Dalam bahagian idea, ayat pertama mestilah dimuatkan dengan idea, manakala ayat kedua dan ketiga perlu menyatakan huraian serta contoh atau contoh. Kemudian kesan ayat pertama perlu ada kaitan dengan ayat berikutnya.

*Gunakan bahasa yang tepat dan elakkan penggunaan bahasa yang meleret-leret atau berbunga-bunga seperti karangan jenis cerita.

*Jika perlu, murid boleh menyertakan peribahasa atau kata-kata hikmat.

Contoh 1.
Kita digalakkan rajin membaca buku cerita.Terangkan faedah-faedah yang diperolehi daripada membaca.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Membaca hobi yang banyak memberi faedah.
-Boleh didapati di perpustakaan atau kedai buku.
-Masa yang terluang digunakan dengan membaca buku.

Idea
Dapat menambah pengetahuan.
-Membaca fiksyen sains, mengetahui tentang sains.
-Boleh digunakan dalam mata pelajaran sains.

2)Dapat memberikan hiburan.
-Perasaan merasa tenang sesudah membaca.
-Mudah untuk mengulang kaji buku sekolah.

3)Bahasa akan bertambah baik.
-Membaca buku inggeris bahasa kita semakin baik.
-Kita mahir mengarang.

4)Menggunakan masa terluang dengan berfaedah.
-Tidak membaca akan bercampur dengan budak nakal.
-Boleh melakukan perbuatan yang tidak baik.

Penutup
Masa itu sangat berharga.
-Genakan masa terluang dengan membaca.
-Perlu membaca sebuah buku dalam tempoh seminggu.

Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Faedah-faedah Membaca Buku Cerita.
Membaca buku cerita merupakan hobi yang banyak memberikan faedah.Buku cerita boleh kita perolehi dari perpustakaan ataupun menerusi kedai buku.Oleh sebab faedahnya yang begitu banyak, setiap masa yang terluang perlu kita mafaatkan dengan membaca buku cerita.
            Membaca buku cerita boleh menambahkan ilmu pengetahuan sebagai contoh, sekiranya kita membaca buku fiksyen sains, kita akan mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan sains. Segala pengetahuan itu boleh kita gunakan dalam pembelajaran meta pelajaran Sains di kelas.
            Membaca buku cerita juga dapat memberikan kita hiburan. Sebagai contoh, hati kita yang tertekan akan menjadi tenang dengankesudahan kita yang kit abaca. Apabila kita merasa tenang mudahlah untuk kita mengulang kaji buku-buku pelajaran pula.
19
            Seterusnya, membaca buku cerita dapat mempercepatkan penguasaan kita dalam sesuatu bahasa. Sebagai contoh, sekiranya kita rajin membaca buku dalam bahasa inggeris, penguasaan kita dalam bahasa inggeris akan bertambah baik. Kesannya, mudah untuk kita mengarang dalam bahasa tersebut apabila guru menyuruh kita mengarang cerita.
            Membaca buku cerita sebenarnya adalah satu cara untuk kita menggunakan masa lapang kita dengan baik. Sebagai contoh jika kita tidak membaca, mungkin kita menggunakan masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, kemungkinan kita akan terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti mencuri.
            Sesungguhnya, masa itu emas dan membaca pula sebagai jambatan ilmu.Oleh itu, gunakan masa yang terluang dengan membaca.Bermula hari ini, kita hendaklah tanamkan azam untuk membaca sebuah buku cerita setebal 60 halaman dalam tempoh seminggu agar kita menjadi murid yang tajam hati.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Tajam hati – cerdas dan pintar.

Contoh 2.
Kita dididik sepaya berjasa kepada guru.Tulis sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Menjadi murid yang tahu membalas jasa.
-Di rumah membalas jasa ayah dan ibu.
-Di sekolah membalas jasa guru.

Idea
1)Rajin belajar.
-Memberi tumpuan ketika belajar.
-Akhirnya mendapat keputusan yang baik.

2)Mengamalkan nasihat guru.
-Guru mahu kita berbudi bahasa.
-Bersifat lemah lembut dengan guru.

3)Tahu menghargai jasa guru.
-Berterima kasih dan memberikan hadiah ketika Hari Guru.
-Guru bangga murid tahu mengenang budi.

4)Ingat guru walaupun sudah meninggalkan sekolah.
-Menghubungi bekas guru.
-Mengeratkan siraturahim.

Penutup
Banyak cara membalas jasa guru.
-Berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.
-Orang berbudi kita berbahasa.
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.
Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Cara-cara Membalas Jasa Guru.
Kita perlu  menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.
            Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.
            Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.
            Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi.
21
            Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.
            Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa – Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus berterima kasih.

8 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. bagus karangan ni buat pelajar yang bakal menduduki UPSR tak lama lagi

    BalasPadam
  3. Kita perlu menjadi seorang yang tahu membalas jasa. Di rumah kita perlu membalas jasa ayah dan ibu.Di sekolah pula kita perlu membalas jasa guru.
    Untuk membalas jasa guru, kita perlu rajin belajar.Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, kita memberikan tumpuan semasa guru mengajar.Kesannya, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dan sudah tentu guru kita akan merasa gembira.
    Kita juga perlu mengamal segala nasihat guru.Sebagai contoh guru mahu kita bersikap berbudi bahasa.Oleh itu, apabila kita bertemu dengan guru, kita perlu menunjukkan sikap lemah lembut.
    Seterusnya, kita tahu menghargai jasa guru.Sebagai contoh, kita mengucap terima kasih atau member hadiah ketika Hari Guru.Kesannya, guru merasa murid-muridnya insane yang tahu mengenang budi.
    21
    Selanjutnya, kita perlu menghargai guru walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.Sebagai contoh, kita patut menghubungi bekas guru kita di sekolah rendah satu ketika dahulu.Cara ini dapat mengeratkan siraturrahim yang sudah lama terjalin.
    Sebagai kesimpulannya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa guru. Oleh itu, kita berusaha menjadi murid yang tahu mengenang budi.Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

    BalasPadam