Penerangan.
*Karangan ini juga dikenali sebagai
catatan.
*Karangan ini terbahagi kepada dua
jenis, diari sehari dan diari beberapa hari.
*Jika diari sehari, sertakan hari,
haru bulan dan tahun. Kemudian, diikuti waktu berlaku kejadian itu.
*Jika diari beberapa hari, ertakan
hari, hari bulan dan tahun. Waktu hanya disertakan jika perlu.
*Peristiwa yang dicatat mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.
*Urutan peristiwa dapat menimbulkan
daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.
*Cara persembahan tidak berbeza
dengan karangan cerita, Cuma dibezakan oleh format.
*Perlu pendahuluan, empat idea dan
penutup.
Contoh 1.
Keluarga kamu telah berpindah.Kamu
terpaksa berpindah sekolah.Tulia catatan pengalaman kamu di sekolah baru.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Menunggu di depan bilik Guru Besar.
-Guru Besar sedang berucap.
-Hati berdebar dan risau.
|
|
Idea
|
|
1)Ayah bersalaman dengan Guru Besar.
-Mereka berbual-bual mesra.
-Saya diperkenalkan kepada Guru Besar.
2)Saya masuk ke kelas 6 Harapan.
-Duduk dibarisan tengah.
-Berbual-bual dengan Jacinta.
|
3)Ke kentin sekolah.
-Melihat taman sains.
-Banyak burung dan ayam hutan.
4)Berkenalan dengan rakan baharu.
-Mereka bersikap mesra.
-Hati terasa gembira.
|
Penutup
|
|
Rakan beratur menaiki bas.
-Kereta ibu telah tiba.
-Melangkah ke kerata ibu.
|
Karang karangan berpandukan peta minda diatas.
Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu.
Isnin, 7 Januari 2013
8.00 pagi - Sudah lebih setengah jam
saya bersama ayah duduk di kerusi di depan bilik Guru Besar. Orang yang
ditunggu masih berucap di perhimpunan rasmi.Hati saya agak gelisah seperti duduk di atas duri.
8.15 pagi - Guru Besar, Cikgu Razali menghulurkan
tangannya kea rah ayah. Mereka berbual-bual dengan begitu mesra.Kemudian, ayah memperkenalkan saya
kepada Guru Besar.
8.30 pagi – Saya dibawa oleh kerani
sekolah masuk ke kelas 6 Harapan.Saya duduk dibarisan tengah, di sebelah
Jacinta.Sementara guru kelas menulis sesuatu, saya sempat bersembang dengan
Jacinta.
14
10.10 pagi – Apabila loceng berbunyi,
saya bersama Jacinta ke kentin.Selepas
itu, Jacinta membawa saya ke taman sains. Saya berasa seronok melihat
banyak burung dan ayam hutan yang terdapat di taman sains.
11.50 pagi – Sementara menanti guru
masuk, saya sempat berkenalan dengan murid-murid sekolah ini.Mereka melayan
saya dengan baik.Hati saya yang sedih kerana meninggalkan kawan lama sedikit
terhibur.
1.50 tengah hari – Rakan-rakan
beratur menaiki bas sekolah.Saya melihat kereta ibusedah tiba.Saya melangkah ke
kereta ibu dengan perasaan gembira.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti duduk di atas duri –
bermaksud seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram.
Contoh 2.
Kamu pernah mengalami peristiwa yang
mengembirakan atau menyedihkan.Tulis satu catatan tentang peristiwa tersebut.
Rangka karangan.
Pendahuluan
|
|
Gembira menerima surat.
-Abang long belajar selama lima tahun.
-Terlalu lama menanti Abang long
pulang.
|
|
Idea
|
|
1)Emak menyuruh saya mengemaskan bilik
abg.
–Ayah memberitahu rakannya.
–Emak bercadang untuk mengadakan
kenduri.
2)Paksu tiba dari UKM.
-Berjanji bersama menjemput abang
long.
-Tidak sabar ingin tahu tentang buah
hati abang long.
|
3)Hairan melihat mak menangis.
-Ayah berwajah murung.
-Datuk dan nenek meminta saya
bersabar.
-Seperti ada kematian.
4)Bangun awal untuk menjemput abang
long.
-Emak asyik menangis.
Jenazah abang long tiba.
|
Penutup
|
|
Abang long dikebumikan.
-Cuba bertenang.
Akhirnya, menangis.
|
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.
Air Mata Menyambut Kepulangan.
Selasa, 16 April 2013
Alangkah gembiranya saya apabila saya
menerima surat daripada abang long. Abang long belajar di Universiti Tokyo
selama lima tahun dalam bidang Linguistik Bahasa Jepun. Sudah terlalu lama saya
menanti kepulangannya.
Emak
meminta saya mengemas bilik abang long.Ayah yang terlalu gembira menelifon
rakan-rakannya untuk bercerita tentang kepulangan abang long.Emak memberitahu
jiran tentang rancangan untuk mengadakan kenduri kesyukuran.
Khamis, 17 April 2013
Pak su yang menuntut di Universiti
Kebangsaan Malaysia telah tiba. Pak su berjanji akan bersama-sama menyambut
kepulangan abang long. Pak su yang sudah bertunang tidak sabar ingin mengetahui
tentang buah hati abang long.
16
Jumaat, 18 April 2013
Saya kehairanan melihat emak yang
tiba-tiba menangis, manakala ayah pula tiba-tiba murung.Tuk tam dan Nek Ju
meminta saya banyak bersabar. Begitu ramai orang mengunjungi rumah saya seperti
ada kematian.
Sabtu, 19 April 2013
Saya bangun awal kerana ingin
menjemput abang long. Apabila saya mengatakan tidak sabar kepada emak, emak
menangis.Teka-teki yang menyelubungi perasaan saya terjawab apabila sebuah
kereta jenazah tiba di perkarangan rumah.
Jam
5.15 petang, jenazah abang long yang meninggal dunia kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya di Tokyo di masukkan ke liang lahad. Pada mulanya, saya cuba
untuk bertenang. Akhirnya, saya
menangis bersungguh-sungguh.
Maksud peribahasa yang digunakan.
Buah hati - kekasih
sekolah menengah tak de ke
BalasPadamTkde kutt
PadamTerimaaa kasiihhhh...sgt membantu
BalasPadamTerimaaa kasiihhhh...sgt membantu
BalasPadamtq
BalasPadamtk...dpt membantu anak di tahun 4
BalasPadamMemanglah dah yamg ni untuk UPSR
Padamterima kasih ...sgt2 membantu
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSangat bagus untuk difahami
BalasPadamTq
BalasPadamMacam mana nak buat ulasan berpandukan catatan
BalasPadamAda tak catatan dua . hari
BalasPadamsangat bagus dan mudah difahami.
BalasPadamsesuai untuk budak mcm sy
Ada perkataan yang silap
BalasPadamYang ni untuk pelajar upsr .....siapa murid tahun 6 memang la membantu
BalasPadamOk
BalasPadamBagus
BalasPadamterbaik
BalasPadamTp duitnya tunggu aku blik baru
BalasPadamTIBER
PadamTerbaik
BalasPadamhwlati
BalasPadamBagus untuk saya pelajaran tahun enam cuma ada sedikit kesalahan. Tolong perbetulkan balik
BalasPadamterima kasih atas perkongsian..sangat membantu
BalasPadamSALAM TUAN. MOHON KEBENARAN TUAN UNTUK KONGSI BAHAN INI. UNTUK KEGUNAAN PEMBELAJARAN MURID-MURID SAYA.
BalasPadam