Khamis, 11 April 2013

Karangan Jenis Diari/Catatan (UPSR)



Penerangan.
*Karangan ini juga dikenali sebagai catatan.

*Karangan ini terbahagi kepada dua jenis, diari sehari dan diari beberapa hari.

*Jika diari sehari, sertakan hari, haru bulan dan tahun. Kemudian, diikuti waktu berlaku kejadian itu.

*Jika diari beberapa hari, ertakan hari, hari bulan dan tahun. Waktu hanya disertakan jika perlu.

*Peristiwa yang dicatat  mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.

*Urutan peristiwa dapat menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

*Cara persembahan tidak berbeza dengan karangan cerita, Cuma dibezakan oleh format.

*Perlu pendahuluan, empat idea dan penutup.

Contoh 1.
Keluarga kamu telah berpindah.Kamu terpaksa berpindah sekolah.Tulia catatan pengalaman kamu di sekolah baru.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menunggu di depan bilik Guru Besar.
-Guru Besar sedang berucap.
-Hati berdebar dan risau.

Idea
1)Ayah bersalaman dengan Guru Besar.
-Mereka berbual-bual mesra.
-Saya diperkenalkan kepada Guru Besar.

2)Saya masuk ke kelas 6 Harapan.
-Duduk dibarisan tengah.
-Berbual-bual dengan Jacinta.

3)Ke kentin sekolah.
-Melihat taman sains.
-Banyak burung dan ayam hutan.

4)Berkenalan dengan rakan baharu.
-Mereka bersikap mesra.
-Hati terasa gembira.

Penutup
Rakan beratur menaiki bas.
-Kereta ibu telah tiba.
-Melangkah ke kerata ibu.

Karang karangan berpandukan peta minda diatas.

Pengalaman Hari Pertama di Sekolah Baharu.
Isnin, 7 Januari 2013
8.00 pagi - Sudah lebih setengah jam saya bersama ayah duduk di kerusi di depan bilik Guru Besar. Orang yang ditunggu masih berucap di perhimpunan rasmi.Hati saya agak gelisah seperti duduk di atas duri.

8.15 pagi  - Guru Besar, Cikgu Razali menghulurkan tangannya kea rah ayah. Mereka berbual-bual dengan begitu mesra.Kemudian, ayah memperkenalkan saya kepada Guru Besar.

8.30 pagi – Saya dibawa oleh kerani sekolah masuk ke kelas 6 Harapan.Saya duduk dibarisan tengah, di sebelah Jacinta.Sementara guru kelas menulis sesuatu, saya sempat bersembang dengan Jacinta.
14
10.10 pagi – Apabila loceng berbunyi, saya bersama Jacinta ke kentin.Selepas itu, Jacinta membawa saya ke taman sains. Saya berasa seronok melihat banyak burung dan ayam hutan yang terdapat di taman sains.

11.50 pagi – Sementara menanti guru masuk, saya sempat berkenalan dengan murid-murid sekolah ini.Mereka melayan saya dengan baik.Hati saya yang sedih kerana meninggalkan kawan lama sedikit terhibur.

1.50 tengah hari – Rakan-rakan beratur menaiki bas sekolah.Saya melihat kereta ibusedah tiba.Saya melangkah ke kereta ibu dengan perasaan gembira.


Maksud peribahasa yang digunakan.
Seperti duduk di atas duri – bermaksud seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram.

Contoh 2.
Kamu pernah mengalami peristiwa yang mengembirakan atau menyedihkan.Tulis satu catatan tentang peristiwa tersebut.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Gembira menerima surat.
-Abang long belajar selama lima tahun.
-Terlalu lama menanti Abang long pulang.
Idea
1)Emak menyuruh saya mengemaskan bilik abg.
–Ayah memberitahu rakannya.
–Emak bercadang untuk mengadakan kenduri.

2)Paksu tiba dari UKM.
-Berjanji bersama menjemput abang long.
-Tidak sabar ingin tahu tentang buah hati abang long.

3)Hairan melihat mak menangis.
-Ayah berwajah murung.
-Datuk dan nenek meminta saya bersabar.
-Seperti ada kematian.

4)Bangun awal untuk menjemput abang long.
-Emak asyik menangis.
Jenazah abang long tiba.

Penutup
Abang long dikebumikan.
-Cuba bertenang.
Akhirnya, menangis.
Mengarang karangan berpandukan peta minda diatas.

Air Mata Menyambut Kepulangan.
Selasa, 16 April 2013
Alangkah gembiranya saya apabila saya menerima surat daripada abang long. Abang long belajar di Universiti Tokyo selama lima tahun dalam bidang Linguistik Bahasa Jepun. Sudah terlalu lama saya menanti kepulangannya.
            Emak meminta saya mengemas bilik abang long.Ayah yang terlalu gembira menelifon rakan-rakannya untuk bercerita tentang kepulangan abang long.Emak memberitahu jiran tentang rancangan untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Khamis, 17 April 2013
Pak su yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia telah tiba. Pak su berjanji akan bersama-sama menyambut kepulangan abang long. Pak su yang sudah bertunang tidak sabar ingin mengetahui tentang buah hati abang long.
16

Jumaat, 18 April 2013
Saya kehairanan melihat emak yang tiba-tiba menangis, manakala ayah pula tiba-tiba murung.Tuk tam dan Nek Ju meminta saya banyak bersabar. Begitu ramai orang mengunjungi rumah saya seperti ada kematian.

Sabtu, 19 April 2013
Saya bangun awal kerana ingin menjemput abang long. Apabila saya mengatakan tidak sabar kepada emak, emak menangis.Teka-teki yang menyelubungi perasaan saya terjawab apabila sebuah kereta jenazah tiba di perkarangan rumah.
            Jam 5.15 petang, jenazah abang long yang meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Tokyo di masukkan ke liang lahad. Pada mulanya, saya cuba untuk bertenang. Akhirnya, saya menangis bersungguh-sungguh.

Maksud peribahasa yang digunakan.
Buah hati - kekasih

26 ulasan:

  1. tk...dpt membantu anak di tahun 4

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memanglah dah yamg ni untuk UPSR

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Macam mana nak buat ulasan berpandukan catatan

    BalasPadam
  4. sangat bagus dan mudah difahami.
    sesuai untuk budak mcm sy

    BalasPadam
  5. Yang ni untuk pelajar upsr .....siapa murid tahun 6 memang la membantu

    BalasPadam
  6. Bagus untuk saya pelajaran tahun enam cuma ada sedikit kesalahan. Tolong perbetulkan balik

    BalasPadam
  7. terima kasih atas perkongsian..sangat membantu

    BalasPadam
  8. SALAM TUAN. MOHON KEBENARAN TUAN UNTUK KONGSI BAHAN INI. UNTUK KEGUNAAN PEMBELAJARAN MURID-MURID SAYA.

    BalasPadam