Khamis, 11 April 2013

Karangan jenis Autobiogrfi/Biografi (UPSR)



Penerangan.

*Autobiografi bermaksud riwayat hidup yang ditulis sendiri, manakala biografi pula merupakan riwayat hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain.Biografi kurang popular berbanding dengan autobiografi

*Bagi karangan autobiografi,murid boleh menulis apa-apa sahaja sama ada benda itu bernyawa atau tidak, tetapi cara penulisanya tergambar kepada pembaca (pemeriksa) seolah-olah hidup.

*Murid perlu menulis tempat sesuatu barang itu dibuat, bahan-bahan yang diperlukan sewaktu membuat barang itu,keadaan diri apabila siap untuk dipasarkan (bagi barang untuk jualan), dibeli, digunakan hingga barang itu tidak digunakan lagi.Gambarkan perasaan bangga kerana dapat berkhidmat kepada manusia.

*Cerita perlu logik dan menyakinkan.Dalam penulisan,murid perlu menekankan nilai-nilai murni yang boleh diteladani , seperti hormat-menghormati bekerjasma, samangat patriotik, kasih sayang dan kebersihan.

*Penggunaan dialog yang tidak keterlaluan boleh diterima untuk menwujudkan kelainan dari segi penyampaian

*Murid boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, tetapi penggunaanya biarlah terkawal.

*Karangan perlu mempunyai pedahuluan,empat idea, dan penutup. Untuk memudahkan pemahaman, peta minda dalam karangan jenis ini diberi enam bahagian, tetapi idea berdasrkan bahagian kedua hingga kelima.

*Cerita tidak semestinya berakhir dengan kematian atau tragedi, tetapi yang penting murid sudah menceritakan secara lengkap sejak kelahiranya.

Contoh 1
Katakan kamu sebuah kereta.Tulis riwayat hidup kamu.


9
Rangka karangan.
Pendahuluan
Sebuah kereta Myvi.
-Dilahirkan di Rawang.
-Dikagumi oleh penggemar kereta.

Idea
1)Enjin teknologi Toyota.
-Dicat sebanyak dua kali.
-Dipandu uji sebelum dipasarkan

2)Dibawa untuk di pasarkan.
-Diletakkan di kedai kereta.
-Sudah ditempah sejak tiga bulan yang lalu.

3)Tuan membawa saya pulang.
-Bermula tugas bersama dengan tuan baharu.
-Bersiar-siar ke tempat kerja dan ke pasar.

4)Dibawa memecut selaju 100 kilomiter sejam.
-Dipandu dalam kelajuan sederhana.
-Berpuas hati dijaga dengan cermat.

Penutup
Tuan membeli kereta besar untuk keluarga.
-Saya kurang digunakan.
-Gembira dapat berbakti.

Mengarang karangan berdasarkan peta minda diatas.

Saya Sebuah Kereta.
Saya sebuah kereta Myvi.Saya dilahirkan disebuah kilang kereta di Rawang. Kehebatan tubuh saya dikagumi oleh penggemar kereta.
            Tubuh saya mengandungi besi dan enjin yang dihasilkan dengan teklologi Toyota. Kemudian, saya di sembur dengan cat berwarna biru muda.Sebelum saya dipasarkan saya dipandu uji oleh pemandu yang terlatih dan berpengalaman untuk memastikan saya betul-betul menepati piawaian yang ditetapkan.
            Bersama-sama dengan teman yang lain, saya dibawa ke Kota Bharu dengan menggunakan lori panjang. Saya diletakkan di sebuah kedai kereta.Tanpa saya duga, rupa-rupanya diri saya telah ditempah oleh seorang pembeli sejak tiga bulan yang lalu dengan harga RM65 000.00.
            Setelah urusan pembelian selesai, saya dibawa pulang oleh tuan saya. Tuan saya membawa isterinya bersiar-siar dengan menggunakan saya. Sejak itu, bermulalah tugas saya membawa tuan pergi ketempat kerja dan kadangkala, saya saya dipandu oleh isteri tuan saya untuk ke pasar.
10
            Untuk menguji kelajuan saya di lebuh raya, tuan saya memecut sehingga 100 kilomiter sejam.  Apabila tuan saya berpuas hati memecut, saya dipandu dalam kelajuan sederhana. Saya berpuas hati kerana dijaga dengan cermat.
            Apabila tuan saya sudah mempunyai anak, dirasakan saya terlalu kecil, lalu tuan saya membeli kereta yang lebih besar. Saya kurang lagi dignakan.
            Saya kecewa bagaikan kaca jatuh ke batu, namun saya gembira kerana masih dapat berbakti.


Maksud peribahasa yang digunakan.
Bagai kaca jatuh ke batu – perasaan hati yang sedih kerana kecewa.

Contoh 2.
Tulis biografi tentang seorang tokoh yang kamu ketahui.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.
-Anak sulung Tun Abdul Razak.
-Ayahnya Perdana Menteri kedua.

Idea
1)Menerima pendidikan awal di Kuala Lumpur.
-Sambung bekajar di England.
-Memperolehi ijazah dalam bidang ekonomi.

2)Terlibat dalam politik apabila ayahnya meninggal dunia.
-Menang Kerusi Parlimen Pekan.
-Ahli Parlimen paling muda.

3)Pernah memegang perbagai jawatan.
-Sebagai Timbalan Menteri dan Menteri.
-Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

4)Memperolehi enam cahaya mata.
-Hasil perkahwinan pertama mempunyai tiga anak.
-Perkahwinan kedua juga mempunya tiga orang anak.

Penutup
Dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 April 2009.
-Menggantikan tempat Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
-Perdana Menteri yang banyak pengalaman.

Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
11
Datuk seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah mohamad Noah.Ayahnya merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
            Datuk Seri Mohd Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institut St. John, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Negara atas angina, iaitu di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
            Beliau mula menceburi dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 January 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan.Ketika itu, beliau berusia 23 tahun dan merupakan ahli Parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
            beliau pernah memegang perbagai jawatan dalam Kerajaan. Antaranya, Timbalan menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Kewangan, menteri Besar Pahang, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan. Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
            Beliau mempunyai enam cahaya mata.Hasil perkahwinannya dengan Tengku Puteri Zainah Eskandar, beliau mempunyai tiga orang anak.Manakala, perkhwinan keduanya dengan Datin Seri Rosmah Mansor, beliau memperoleh tiga orang anak.
            Datuk Seri mohd Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.Beliau menggantikan tempat Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau seorang pemimpin yang mempuyai banyak pengalaman sebelum menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri.

Maksud peribaha yang digunakan.
Atas angin – Negara di sebelah Barat

3 ulasan: